Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

“Makkah Bukan Tempat Magik, Ada LCD”- Fedtri Yahya Anggap Orang Ramai Salah Faham

by Phic ARMAN
February 4, 2020
118
KONGSIAN
Share on Facebook

Di dalam masyarakat Malaysia, terdapat beberapa persepsi yang kurang benar tentang ibadah haji dan umrah yang perlu dilaksanakan. Persepsi-persepsi itu menyebabkan akhirnya ramai orang enggan atau menangguh niat mereka untuk melaksanakan ibadah umrah mahupun haji.

Seharusnya jika ada kesempatan, ditunaikan lebih cepat adalah lebih baik bukan menangguhnya.

Salah satu persepsi yang beredar dikalangan masyarakat kita adalah Tanah Suci sebagai tempat hukuman. Persepsi ini turut ditolak oleh pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya menerusi tulisannya di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Fedtri berkata, Tanah Suci bukanlah tempat di mana tetamunya akan menerima balasan kerana dosa-dosa lalu.

“Salah faham konsep Makkah / Tanah Suci. Ada segelintir yang berpendapat ini tempat ‘hukuman’ – petir menyambar, panas badan, tak nampak kaabah dan pelbagai lagi elemen #mastika yang bercanggah dengan konsep ‘rahmat’ dan ‘indah’ Tanah Suci.”

Makkah atau Madinah Bukan Tempat Magic ada LCD

Menurut Fedtri, sesiapa sahaja ada melakukan dosa dan memang lumrah semua akan rasa gerun di Tanah Suci.

“Makkah. Madinah bukan tempat ‘magic’ / ada LCD untuk tayang dosa silam. Sebagai pendosa, memang lumrah semua akan rasa gerun tetapi kegerunan itu mengundang syahdu dan bahagia”

Akui Sangat Merindui Untuk Ke Tanah Suci

Fedhtri akui, hatinya dipenuhi kerinduan untuk menjadi tetamu Allahu sekali lagi.

“Setakat ini belum pernah dengar orang kata: Aku dah tak ingin datang Makkah lagi. Tak ada! Semua rindu”

Dalam sisi lain, Fedtri turut memberi ulasan terhadap isu hangat mengenai ibadah umrah yang menjadi topik utama rakyat Malaysia saat ini.

“Pasti Allah ingin tunjukkan sesuatu atas segala apa yang berlaku. Bukan kes yang tengah hangat ini saja tetapi kes penipuan umrah, scam pelaburan Makkah dan sejumlah kes lain yang mengecewakan pencinta kejujuran”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/7vh3f
Share51Tweet28SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem