Bermula 1 Februari, UK (United Kingdom) tidak lagi dianggap sebagai negara anggota EU  (Kesatuan Eropah), meskipun ia akan terus mengguna pakai undang-undang EU sehingga tempoh peralihan tamat pada akhir 2020.

Walau bagaimanapun, selepas Britain meninggalkan Kesatuan Eropah, apa yang akan berlaku kepada pelancong yang ingin pergi ke negara Ratu Elizabeth itu ya, adakah mereka memerlukan VISA?

Warganegara Malaysia yang ingin mengunjungi UK, tidak perlu bimbang, kerana tiada perubahan dalam perjalanan anda. Dengan kata lain, pelancong dari Malaysia boleh terus ke UK tanpa perlukan Visa ketika melakukan perjalanan ke sana sehingga 6 bulan.

Walaubagaimanapun, anda dikehendaki membawa dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon VISA seperti passport, dokumen perjalanan dan sebagainya untuk ditunjukkan kepada pegawai imigrasi di UK.

Sementara itu, pelancong dari negara-negara Kesatuan Eropah, seperti Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenin, masih boleh menggunakan visa EU pada tahun 2020.

Meski begitu, semuanya dibawah kesepakatan antara UK dan UE, selagi peraturan dan regulasi UE masih berlaku di UK.

IKLAN

Dilaporkan oleh BBC, peralihan itu akan bermula selepas brexit berlangsung sehingga akhir tahun 2020. Semasa peralihan, kedua-dua EU dan UK akan merundingkan hubungan masa depan mereka.

Oleh itu, bagi pelancong dari EU yang merancang bercuti ke England pada tahun 2021, lebih baik menunggu hasil rundingan UK-EU mengenai kerjasama masa depan mereka.

Selepas tempoh peralihan, pelancong dari UK hanya dibenarkan melawat negara-negara di EU selama 90 hari dalam setiap 180 hari tanpa visa, tetapi mereka tidak dibenarkan bekerja atau belajar.

Berdasarkan laman resmi Kedutaan Inggeris, negara itu akan membuat sistem imigrasi sendiri untuk mengendalikan migrasi Uni Eropa setelah negosiasi pada bulan Desember mendatang. Walaupun Pemerintah Inggris selalu mengambil keputusan untuk mengurangi imigrasi dari luar UE, namun kali ini hal itu sengaja tidak dilakukan karena alasan ekonomi.

ETIAS

Seperti mana yang kita ketahui, semua rakyat Malaysia yang mahu bercuti ke negara-negara EU perlu melalui prosedur imigresen baru yang dikenali sebagai ‘European Travel Information and Authorisation System’ atau ETIAS.

Prosedur terbaru ini juga dilaporkan akan menjadi satu syarat wajib kepada semua pelancong dari negara berstatus ‘visa-free’.

IKLAN

ETIAS (Sistem Maklumat dan Kebenaran Perjalanan Eropah) bukanlah visa. Ia adalah kebenaran dalam talian yang diperlukan untuk naik kapal atau kapal terbang ke Kawasan Schengen.

Menurut laman web EtiasEurope.eu, pelancong dari negara berstatus ‘visa-free’ dibenarkan untuk tinggal di ‘Schengen Area‘ untuk tempoh maksimum 90 hari. ‘Schengen Area adalah semua negara dibawah Kesatuan Eropah (EU) kecuali Bulgaria, Croatia, Cyprus, Ireland, Romania dan United Kingdom.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry