Mengejutkan! Menerusi kenyataan media dari Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, seorang wanita telah membuat satu laporan polis yang mana telah menjumpai mayat seorang wanita yang dikenali di sebuah rumah yang terletak di Kampung Padang Balang Sentul Kuala Lumpur.

Kesan Tikaman Pada Perut 

Hasil pemeriksaan mendapati mayat mangsa yang dikenali sebagai Lady Caccabella Binti Mohamad Kamel ditemui terbaring di atas katil dengan kesan tikaman pada perut. Mangsa yang berumur 24 tahun dan berasal dari Tanah Merah, Kelantan merupakan adik kepada Juara Mentor musim keenam iaitu Puteri Caroline.

IKLAN

Suspek Cuba Bunuh Diri 

Dalam pada itu, pihak polis turut menemui seorang suspek berusia 43 tahun dipercayai teman lelakinya di tempat kejadian. Namun begitu, dia telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana mengalami muntah darah dan sesak nafas dipercayai akibat meminum cecair pencuci lantai.

Sebagai info, Puteri Caroline merupakan protege kepada ratu rock negara, Ella.