Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Tahniah! Nora Ariffin Dipilih Sebagai ‘Wajah’ Prettian

by Khai Azfar
February 5, 2020
81
KONGSIAN
Share on Facebook

Pembuka tirai 2020 yang cukup manis buat penyanyi terkenal Nora Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora apabila dipilih sebagai ‘wajah’ jenama produk kecantikan, Prettian.

Wajah Tidak Dimamah Usia 

Menurut Pengarah Prettian Malaysia, Fauziah Abdul Aziz antara faktor mengapa mereka memilih Nora adalah kerana penampilan dan kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh pelantun Hanya Satu itu seperti tidak dimakan usia. Tambahnya lagi, sebelum Nora bersetuju untuk berkolaborasi bersama, penyanyi ini terlebih dahulu mencuba produk Prettian.

‘Kita memang ada mendekati Nora dan beliau sendiri memilih untuk mencuba dulu produk ini sebelum bersetuju.Bagi kami, nora mempunyai kualiti paling signifikan dengan Prettian Malaysia iaitu asas kecantikan secara semula jadi’

Enggan Terus Bersedih

Bagi Nora pula, dia menganggap peluang ini sebagai rezeki dan hikmah setelah apa yang terjadi sebelum ini. Enggan terus bersedih, dedah Nora dia berazam menjadikan tahun 2020 untuk bangkit semula. Malah dia turut mengambil kata-kata semangat daripada arwah anaknya, Alif sebagai pendorong untuk segera bangkit daripada kesedihan.

“Alhamdulillah, pertama kali saya berkolaborasi dengan produk Prettian dari Korea ini, sebelum itu saya mencubanya sendiri sebelum bersetuju jadi Duta dan produk Cleansing Oil adalah yang terbaik untuk saya”

”rezeki selepas melalui fasa sedih sebelum ini, bagi saya tahun 2020 sekarang untuk meneruskan kehidupan dan seterusya dapat berkongsi dengan peminat dan masyarakat semua produk yang bagus.’

“Saya sebenarnya tak nak fikir masalah kerana masalah memang selalu ada. Lagipun rasanya semua orang ada masalah. Sekarang sudah masuk 45 hari Alif pergi dan baru-baru ini kami buat tahlil sempena hari ke-40. Saya juga tiada edah yang perlu dituruti. Perbincangan bersama produk ini juga dibuat ketika Alif masih ada” katanya pada Murai.my ketika ditemui di majlis pelancaran Prettian Malaysia baru-baru ini.

Sebagai info, Prettian merupakan siri produk penjagaan kecantikan dari Korea yang dikenali sebagai K Beauty.

Nora Ariffin & Madu Bersuara Isu Kemelut Rumah Tangga?-"Tulisan Yang Dimuatnaik Oleh Madu Saya Itu..

Menggunakan bahan asas semula jadi tanpa bahan kimia yang membantu memberikan kecantikan natural kepada pengguna yang dibawa khas dari Pulau Jeju.Nora juga dijangka akan bersama-sama dengan Prettian dalam siri jelajah promosi ke seluruh Malaysia dan mengadakan aktiviti bersama para pelanggan tidak lama lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nora ariffin
https://lomp.at/ovlfo
Share55Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem