Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Anda Akan Menyesal Jika Bawa 5 Barang Ini Ketika Traveling ala ‘Backpacker’

by Phic ARMAN
February 5, 2020
148
KONGSIAN
Share on Facebook

‘Backpacking’ merupakan salah satu cara mengembara dengan kos rendah. ‘Backpacker’ biasanya membawa beg galas untuk menyimpan barang dan membawa pakaian yang minima serta peralatan lain yang diperlukan.

Untuk menjadi praktikal, tentu saja terdapat beberapa tips yang perlu dipertimbangkan ketika backpacking. Dipetik dari The Travel, berikut adalah 5 Barang yang tidak disarankan dan akan menyesal jika dibawa ketika perjalanan.

Bawa Kasut Lebih Dari Sepasang

Bawalah kasut yang paling selesa dan tahan lama. Tidak perlu bersusah payah membawa lebih dari satu pasang. Untuk jenis kasut, pertimbangkan jenis kasut sukan atau sandal mengikut kesesuaian perjalanan anda. Oleh itu, jangan membawa banyak kasut kerana semata-mata untuk terlihat bergaya. Kebiasaannya backpacker lebih utamakan mengisi barang keperluan asas dalam begnya.

Ole-Ole

Foto: via Flight Network

Semasa perjalanan, pertimbangkan masa yang tepat untuk membeli ole-ole apabila berada di destinasi tertentu. Menurut The Travel, lebih baik untuk membeli saat hari terakhir sebelum pulang. Cara sedemikian untuk boleh meringankan beg dan mengurangkan risiko rosak apabila disimpan di dalam beg.

Seluar Jeans

Sehelai seluar jeans lebih daripada cukup untuk pengembaraan anda dengan backpacking. Membawa lebih dari satu seluar jeans akan boleh menganggu perjalanan anda. Seluar jeans atau denim adalah berat dan sukar dilipat.

Buku Panduan Perjalanan

Memandangkan zaman sekarang segala info boleh didapati melalui internet di telefon pintar anda, maka membawa buku panduan perjalanan bukanlah menjadi keperluan. Jika anda mahu bawa juga, memadai dengan membawa senaskah buku sahaja. Pilih yang benar-benar berguna semasa perjalanan. 

Payung atau baju hujan?

Cuaca adalah perkara yang penting untuk diperhatikan, kerana ia berkaitan dengan beg yang dibawa. Sekiranya perjalanan di musim hujan, payung antara barang yang diperlukan.

Tetapi jika dengan backpacking, baju hujan lebih sesuai berbanding dengan payung. Kerana, baju hujan dapat dilipat, sementara payungnya memiliki ukuran yang susah untuk disimpan. Apabila menggunakan baju hujan, ia juga mungkin untuk menutup seluruh badan dan beg.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
backpackersbackpackingtips traveltravel solottips backpacking
https://lomp.at/ayb4f
Share65Tweet35SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem