Seperti yang dimaklumkan oleh pihak GSC Movies, filem komedi dari Korea The Secret Zoo bakal ditayangkan di pawagam mereka bermula 16 Februari ini.

Kutipan Box Office

Menariknya mengenai The Secret Zoo ini, ianya telah mencatat rekod ‘box office’ di negara itu yang mana telah mengalahkan rekod kutipan filem antarabangsa yang lain seperti Bad Boys For Life dan Dolittle. Malah pengarah filem ini juga cukup dikenali kerana filem terbitannya terdahulu berjudul “Extreme Job” juga berjaya pecah panggung dan cukup menghiburkan!

IKLAN

10 Pembaca Bertuah Bakal Dipilih 

Khas buat pembaca Murai.my yang bertuah, dengan kerjasama GSC Movies kami ingin mengajak 10 orang pembaca kami yang bertuah untuk menonton filem ini lebih awal pada hari Selasa, 11 Februari 2020, jam 9.00 malam bertempat di GSC One Utama.

Setiap pembaca yang dipilih oleh kami akan memenangi sepasang tiket ke tayangan awal filem ini. Caranya cukup mudah! anda hanya perlu ikuti langkah dan jawab soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

  1. ‘Like’ Facebook murai.my, ikuti kami di Instagram @muraimalaysia dan Twitter @MuraiMalaysia.
  2. Kongsi artikel ini di Facebook atau di Twitter anda, dan jawab soalan ini:

    Saya ingin memenangi Tayangan EKSKLUSIF filem “The Secret Zoo” bersama Murai MY kerana……(sila isi mengikut kreativiti anda)

  3. Sertakan hashtags #MuraiMalaysia #TiketWayangMurai #GSCMovies bersama jawapan dan pastikan post anda tidak ‘private’ dan ditetapkan kepada ‘public’.
  4. Kemudian hantar pesanan atau mesej (DM) kepada kami dengan menghantar ‘link’  atau ‘screenshot’ posting tersebut. Jika tiada Facebook, anda boleh hantar menggunakan Twitter dan Instagram untuk pengesahan.
  5. Pemenang akan dihubungi pihak murai.my .
  6. Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di  GSC One Utama pada 11 Februari bermula jam 8.20 malam hingga 8.45 malam.
  7. Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  8. Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.