Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Ya Allah..Maafkan Aku” – Nur Sajat Terus Kongsi Gambar Berhijab Di Mekah

by Khai Azfar
February 6, 2020
Share on Facebook

Sejak minggu lalu, hangat memperkatakan mengenai kontroversi melibatkan usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman ekoran berpakaian seperti wanita bersama rakan-rakannya di ketika menunaikan umrah di Mekah.

Dapat Liputan Luar Negara 

Ketika ini, rombongan Sajat masih lagi berada di Tanah Suci dan dijangka akan pulang ke tanah air pada Jumaat ini. Di saat isu tersebut menjadi topik sensasi, ramai pihak menuntut Sajat untuk kembali ke fitrah asal selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

Isu tersebut bukan sahaja mendapat liputan media dalam negara malah turut disiarkan di beberapa negara termasuk Thailand dan Indonesia.

Terus Kongsi Gambar Berhijab 

Biarpun begitu, menerusi carian Murai.my di laman Instagram usahawan itu kelihatan beberapa posting terus dikongsi oleh Sajat termasuklah posting terbaharu yang memperlihatkannya sekali lagi berkongsi gambar dia memakai pakaian wanita. Menerusi status posting tersebut, Sajat menitipkan doa serta memohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukannya.

Terdahulu, menerusi laporan Harian Metro agensi yang membawa Sajat mendakwa ahli perniagaan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar untuk mengerjakan umrah. Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, ketika proses untuk pendaftarannya mengerjakan umrah, Nur Sajat memang mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu dia seorang khunsa. Menurutnya, apabila tiba di tanah suci Makkah, dia sebaliknya memberitahu kepada mutawiff di sana dirinya seorang khunsa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nur sajat
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara