Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

[VIDEO] Akui Pernah Bercinta Dengan ‘Non-Muslim’, Yuna Kongsi Nasihat Kepada Peminat

by Phic ARMAN
February 6, 2020
328
KONGSIAN
Share on Facebook

Agama yang berbeza sering menjadi halangan untuk cinta bersatu kerana agama adalah masalah iman dan cinta adalah perasaan.

Tanpa diduga hal ini pernah dialami oleh penyanyi antarabangsa Yuna Zarai. Walaupun sudah berumah tangga dengan Adam Yousof Mohamed Sinclair, 2 tahun yang lalu, namun dia agak terbuka untuk menceritakan kisah cinta lama yang meninggalkan parut dalam kehidupannya.

Pengakuan ini telah dibuat menerusi sebuah video yang bertajuk “Hotline: Fans Call Pop Star Yuna For Advice’ di saluran Youtube Jubilee. Dalam video itu, Yuna menjawab panggilan dari peminatnya untuk bertanyakan soalan dan mendapat nasihat. Rata-rata pemanggil sangat teruja kerana berpeluang bercakap dengan penyanyi pujaan mereka.

Menerima Pemanggil Tak Diduga

Berbeza dengan pemanggil yang satu ini yang memperkenalkan dirinya dengan nama Hameed. Lelaki ini seolah-olah tidak begitu teruja malah kedengaran seperti dalam kesedihan.

Ketika berada di dalam talian, lelaki itu terus memberitahu bahawa dia baru berpisah dengan kekasihnya selepas menjalinkan hubungan cinta selama setahun.

Menurut lelaki tersebut, dia berpisah kerana perbezaan agama dimana dia beragama Islam dan kekasihnya menganut agama Kristian.

Tambahnya lagi, bekas kekasihnya mendapat tekanan yang kuat dari keluarga dan itu punca utama mereka berdua berpisah.

“Kami baru berpisah kerana saya seorang muslim. Dia (kekasih) mendapat tekanan dari keluarga, bagi saya alasan itu bukanlah besar sangat seolah-olah saya seperti melakukan kesalahan. Saya tidak pernah menipu dia. Jujur saya cakap, saya sangat baik sebagai kekasihnya. Ini memang gila. Saya tak pernah minta untuk lahir dan dibesarkan di sini di Amerika. Orang di luar sana masih melihat kelainan dalam diri saya kerana agama saya”-katanya menerusi telefon.

Yuna Akui Pernah Bercinta Dengan Lelaki Berbeza Agama

Mendengar luahan lelaki itu, Yuna memberi respon yang positif dan mengakui pernah melalui permasalahan yang sama sebelum ini.

“Saya akan bercakap jujur sekarang, saya pernah melalui situasi yang sama seperti awak. Saya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang bukan muslim dan ia sangat sukar. Kadang-kadang kena terima bahawa seseorang tidak mahu menjadi sebahagian daripada agama kita. Ia memberi kesan kepada hidup saya, dan mungkin itu apa yang kekasih anda mengalaminya sekarang.”

Yuna turut menasihati lelaki itu supaya menghormati dan membiarkan bekas kekasihnya membuat keputusan sendiri.

“Kamu harus biarkan dia membuat keputusan sendiri, dan perlu hormatinya dengan memberi sedikit ruang. Saya percaya kamu berdua akan kekal menjadi kawan”

Yuna akui, perpisahan sangat sukar juga menyakitkan, namun dia percaya lelaki ini mampu melaluinya. Dalam video tersebut, rata-rata penonton memuji sikap Yuna dalam menasihati peminatnya secara terbuka, malah ramai meminati dan mahu mengenali penyanyi berusia 33 tahun itu lebih dekat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cinta beza agamacinta yunapercintaan yunayuna cinta non muslimyuna musicyuna zarai
https://lomp.at/uznlo
Share138Tweet79SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem