Dikalangan pengembara atau traveler, terdapat dua istilah yang selalu kita dengar iaitu backpacker dan flashpacker. Dipetik dari Nomadsworld, yang paling membezakan dengan kedua-dua istilah ini, adalah cara mereka membelanjakan wang.

Walaupun ia berbeza, tetapi gaya dan cara kedua-duanya mengatur perjalanan adalah sama.

Perbelanjaan

Backpackers sering dianggap sebagai traveler yang melakukan perjalanan dengan berjimat-cermat dan semurah yang mungkin. Sedangkan flashpacker mempunyai bajet yang lebih besar.

IKLAN

Bercakap soal bajet, flashpackers juga mencari tiket murah, tetapi mereka tidak teragak-agak untuk menghabiskan lebih banyak wang dan memperuntukkan perbelanjaan tambahan demi menikmati pelbagai aktiviti menarik ketika berada di sesebuah destinasi.

Backpackers tetap melakukan perjalanan dengan murah dan paling menjimatkan. Maka segala hal yang ditemukan selama perjalanan akan selalu dinikmati.

Makanan

Begitu juga dengan makanan, backpacker akan memilih makanan termurah, singgah kedai jalanan ataupun bawa bekal makanan sendiri, hanya untuk mengisi perut.

Namun untuk flashpacker, mereka tidak kemut untuk membeli makanan dan sanggup membayar lebih demi menikmati sajian yang diinginkan.

Penginapan

Soal penginapan, flashpacker mengutamakan keselesaan. Walaupun menginap di asrama dan berkongsi bilik dengan penginap yang lain, namun flashpacker masih mempertimbangkan untuk memilih asrama bertaraf 3 bintang yang mempunyai kemudahan dan fasilti yang lebih baik.

Manakala backpackers pula lebih memilih menginap tempat yang paling murah ataupun kalau boleh dapat menumpang di rumah teman yang tidak perlu mengeluarkan wang.

Kini jelas perbezaan utama antara backpacker dan flashpacker adalah jumlah wang yang mereka belanjakan sepanjang traveling. Jadi anda yang mana satu ya?

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda