Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Harith Iskander Ulas Video Insiden Wanita Mengamuk Kereta Ditunda

by Phic ARMAN
February 7, 2020
150
KONGSIAN
Share on Facebook

Media sosial baru-baru ini digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan aksi duluar kawalan seorang wanita di ibu kota. Difahamkan insiden itu bermula selepas kereta miliknya ditunda oleh pihak berkuasa kerana kesalahan meletakkan kenderaan.

Insiden itu telah dirakan oleh netizen dan sekaligus mengundang tertawa orang ramai yang rata-ratanya menganggap wanita itu kurang waras.

Walaubagaimanapun, insiden ini tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka, kerana berkemungkinan besar wanita ini mengalami masalah kemurungan. Siapa tahu?

Masalah depresi ini bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Lebih-lebih lagi jika dialami tanpa disedari oleh diri sendiri. Hal ini turut mendapat perhatian oleh pelawak antarabangsa, Harith Iskander. Menerusi tulisan di Instagram peribadinya, Harith berharap orang ramai mengambil peduli tentang isu kesihatan mental.

“Kesihatan mental ada isu yang sebenar. Apa sahaja yang diharungi oleh wanita ini dalam hidupnya, ia mesti sesuatu yang dahsyat. Tingkah laku seperti ini sebenarnya tidak sihat dan saya percaya ia biasanya disebabkan oleh kekecewaan, kemarahan, kesakitan dan apa sahaja yang keperitan dalam kehidupannya.

Saya berharap dia mendapat ketenangan. Kesihatan Mental adalah sesuatu isu perlu ambil peduli dan ia boleh menjejaskan sesiapa sahaja tak kira peringkat usia.”

View this post on Instagram

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander)

Ditinggalkan Suami?

Dalam sisi yang lain, seorang pengguna Facebook bernama Francis Ngu Hown Hua telah berkongsi info mengenai wanita itu. Menurutnya, wanita itu merupakan seorang pensyarah dan sedang mengalami kemurungan selepas diceraikan oleh suaminya. Lebih menyedihkan, wanita ini baru saja kematian anak keduanya selepas melahirkan.

Semoga kita sentiasa menjaga kesihatan mental serta mengambil iktibar dan pengajaran di atas apa yang berlaku.

depresiHarith Iskandermengamok tepi jalanwanita mengamokwanita meroyan
https://lomp.at/a8ro3
Share70Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem