Merebaknya Virus Corona di China, membuatkan ramai pelancong dari China memilih untuk terus kekal tinggal di destinasi percutian mereka. Ini telah menarik perhatian kerajaan wilayah Bali seperti yang dilaporkan oleh NusantaraTV.
Timbalan Gabenor Bali, Tjokorda Oka Artha Ardhana Sukawati berkata, hotel atau tempat tinggal di Bali akan menawarkan diskaun kepada para pelancong dari China yang memilih untuk terus tinggal di pulau itu akibat virus korona.
“Terdapat kemudahan seperti potongan harga atau diskaun,” kata Tjokorda Oka Artha Ardhana Sukawati sambil meninjau kembali 61 pelancong dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali, Sabtu, 8 Februari 2020.
Tjokorda Oka Artha Ardhana Sukawati, yang juga Pengerusi Perhimpunan Hotel dan Restoran Bali Indonesia (PHRI), memberitahu mengenai pemberian diskaun, notis telah dikeluarkan.
Di samping itu, katanya, kebanyakkan pihak hotel telah menentukan jumlah diskaun yang akan diberikan. Bagi jumlah pelancong yang masih bertahan di Bali, terdapat kira-kira 3,000 orang.
Kehadiran virus korona di China dan penutupan penerbangan dua hala mempengaruhi pelancongan Bali.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.