Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

[VIDEO] Siti Sarah Menangis Terkenangkan Arwah Lok U

by Khai Azfar
February 10, 2020
41
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin gagal menahan perasaan sebaknya apabila berkongsi kenangan terakhir bersama komposer terkenal, Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok U.

Sarah Terkilan 

Dedah Sarah, dia akui rasa terkilan kerana terlupa untuk mengundang sahabatnya itu pada majlis pembukaan perniagaan kedai minumannya baru-baru ini. Malah sehingga hari ini, Sarah berasa bersalah apatah lagi cukup rapat dengan Allahyarham.

“Sebelum ini dia ada mesej saya tanya mengenai pembukaan kafe Bubble Bee baru-baru ini tapi saya betul tak ingat nak ajak dia waktu tu. Arwah pernah menyatakan hasrat mahu berniaga dan minta nasihat saya.

“Hubungan saya dengan arwah memang sangat rapat. Di kala saya rasa diri tidak cukup bagus sebagai penyanyi, dia yang sentiasa percaya bakat yang saya ada”

Beri Petunjuk Terakhir 

Kongsi isteri kepada pelawak Shuib itu lagi, dia agak pelik kerana Allahyarham Lok U seolah-olah memberikan tanda-tanda terakhirnya sebelum meninggal dunia kerana komposer itu melengahkan untuk menyiapkan susunan lagu balada buatnya yang seharusnya dijadualkan selepas Aidilfitri.

“Sebelum ini, saya ada bertanyakan mengenai single terbaru dua hari sebelum dia meninggal dan mengatakan lagu itu hampir siap.Dia bukan jenis suka melengahkan kerja tetapi arwah seakan sengaja melengah-lengahkan”

Menurut Sarah, komposer berbakat besar itu turut berkesempatan berkongsi lagu yang dihasilkannya buat rakan pemuzik yang terlebih dahulu menghadap Ilahi, Allahyarham Aji dan Kelly yang menginginkan Sarah membawa lagu tersebut namun tidak kesampaian.

“Arwah juga meminta saya mendengar lagu ciptaanya yang didedikasikan buat arwah Kelly dan Aji.

Mulanya dia berhasrat untuk buat muzik instrumental, tetapi Indigital Music menyarankan nama saya dan dia bersetuju,” katanya pada Murai.my ketika di majlis pelancaran lagu terbarunya, Dap Dap Dap di Damansara Perdana.

Terdahulu,industri muzik tempatan dikejutkan dengan pemergian Lok U dipercayai akibat sesak nafas selepas pulang daripada melakukan aktiviti riadah.

[VIDEO] Gelagat Shuib Beri Talita Guna Mikrofon Milik Siti Sarah, Raih Perhatian Ramai!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Lok Usiti sarah
https://lomp.at/gf26n
Share26Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem