Kalau kita perasan, sudah menjadi kebiasaan kita lihat ramai umat Islam merancang untuk mengisi hari cuti mereka dengan menunaikan Umrah.

Majoriti umat Islam akan mendapatkan perkhidmatan dari agensi pelancongan yang menyediakan pelbagai promosi menarik dan rambang mata.

Namun anda harus ingat, ada beberapa hal yang perlu anda ambil tahu untuk memilih agensi pelancongan untuk Umrah supaya anda selamat sampai ke sana.

IKLAN

Agak mengecewakan apabila, ada segelintir umat Islam yang terpedaya dengan promosi yang tak masuk akal sehingga tertipu pengkahirannya mereka gagal pergi ke tanah suci.

Jadi Murai MY kongsikan 5 tips penting mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan oleh agensi pelancongan untuk pakej Umrah.

1Pastikan Agensi Pelancongan Berlesen

Saat anda merancang menunaikan Umrah, pastikan anda membuat tinjauan terlebih dahulu mengenai agensi pelancongan tersebut samaada berlesen atau tidak. Pastikan perjalanan didaftarkan dan secara rasmi oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Terdapat dua cara untuk mengetahui cara menyemak sama ada agensi pelancongan anda berlesen atau tidak. Mula-mula dengan datang terus ke pejabat kementerian yang berhampiran untuk mengesahkan kesahihan agensi pelancongan.

Kedua, akses internet yang cukup dan membuka laman web rasmi MOTAC, klik di sini.

2Memastikan Jadual Penerbangan dan Waktu Berangkat

Selepas memastikan perjalanan Umrah anda didaftarkan dengan MOTAC, beri perhatian kepada jadual pelepasan penerbangan. Sebenarnya, setiap perjalanan Umrah mempunyai kuota visa untuk setiap tarikh berlepas.

Dari kuota visa maka agensi perjalanan kemudian boleh memesan tiket penerbangan untuk berlepas dan pulang. Jangan ragu-ragu untuk mendapatkan tarikh dan hari pemergian ke  Tanah Suci yang disahkan oleh syarikat penerbangan.

IKLAN

3Memastikan Pakej Kos Umrah

Via Islam

Kos pergi umrah seharusnya munasabah dan pastikan kemudahan yang disediakan semasa Umrah jelas. Beri perhatian kepada harga pakej Umrah dan pastikan perkhidmatan apa jemaah dapat.

Biasanya, terdapat beberapa kos tambahan di luar pakej Umrah yang mesti ditanggung oleh jemaah sendiri. Jadi anda harus teliti membaca setiap maklumat yang diberikan oleh agensi pelancongan.

4Pastikan Hotel Penginapan

Via Muslim Travel Girl

Semak nama hotel, lokasi dan jaraknya ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Juga periksa sama ada hotel yang didapati sesuai dengan apa yang disenaraikan pada pakej atau tidak.

5Mengesahkan Status Visa

Dan tips umrah selamat yang terakhir adalah pemeriksaan visa. Anda harus mendapakan Pengesahan VISA anda dari agensi pelancongan yang akan diperoleh daripada kerajaan Arab Saudi. Jika jemaah yang membuat permohonan melalui dalam talian, mereka boleh mendapatkan status permohonan melalui di laman rasmi ievisa.com.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda