Gara-gara sebuah posting berkongsi azam tahun baru di Facebook, tanpa diduga nama Warren Fernandez menjadi bualan hangat dikalangan netizen di media sosial.

Pada awalnya, Warren atau nama Islamnya Adam Warren Fernandez Abdullah hanya mahu berkongsi rasa kesal kerana meminjam wang dari Ah Long untuk melunaskan hutang pada tahun sebelumnya. Namun posting ini telah disalah ertikan oleh pihak media dan menimbulkan fitnah.

IKLAN
View this post on Instagram

Oct 15th officially 2yrs with PARKROYAL Kuala Lumpur, the hotel that saw me through with job promotion and yrs my new car that changed my life forever…Also Bukit Bintang floods in memories of my childhood/teenage life as that used to be my PLAYGROUND of rebellious life growing up with my grandparents at Loke Yew flats and walking from that flats to Sungei Wang Shopping Complex looking into PARKROYAL with my grandma, the lifestyle of the rich…never knew that one day I'll work here…So today I CELEBRATE my LOVE for you,PARKROYAL…although I may never be able to treat my late grandparents here but I celebrate through charity…….. ………. …… …….Okt 15 saya dah 2 tahun di PARKROYAL Kuala Lumpur, rezeki kerja impian yg melihat saya dpt kenaikkan pangkat dan juga Kereta baru yg benar2x menukar hidup saya selamanya… Bukit Bintang tpt saya membesar dimana segala memori cabaran hidup rebel kotaraya KL disini..juga rumah pangsa Loke Yew bersama atuk nenek, berjalan kaki dolu2x dari rumah pangsa ke Sungei Wang, menjenguk dlm hotel PARKROYAL dgn arwah nenek, kagumi gelagat golongan kaya dan hari ini saya tak sangka pulak kerja disini…meraihkan ULANGTAHUN bersama PARKROYAL..walaupun hari ni saya tak dpt belanjer arwah atuk nenek tapi saya belanjer meraihkan melalui kerja amal..

A post shared by Warren Fernandez (@warrenfdez) on

Lebih menghangatkan lagi,  dalam kenyataannya di Facebook itu ada menyebut nama selebriti Zain Saidin, yang sebelum ini pernah menjadi rakan niaganya. Warren akui, kehidupannnya agak terjejas dengan pemberitaan pihak media  yang sama sekali tidak benar. Lebih mengecewakan, rata-rata media tempatan tidak menghubunginya sebelum diberitakan kepada umum.

Menerima Kecaman Teruk Dari Netizen Kerana Berubah Penampilan

Susulan dari berita yang dianggap palsu ini, Warren di kecam teruk oleh netizen sehingga ramai yang mengalihkan isu sensasi ini dengan menyentuh isu penampilan dan imej. Tidak kurang juga yang menghantar mesej penghinaan dengan membandingkan penampilan dirinya dahulu dan sekarang.

Murai MY sempat menyelami isi hati Warren yang begitu kesal dengan sikap orang sekeliling termasuk beberapa orang rakan yang mengenali dirinya. Bercakap dengan Murai MY, walaupun dia sedikit tertekan, Warren tetap bersyukur kerana ramai rakan-rakan artis yang memberi nasihat dan sokongan kepadanya.

“Apa-apa pun, saya bersyukur, bila ada ramai rakan-rakan artis dan media bagi sokongan DM/Whatsapp , hakikatnya, saya bukan seorang saja yang pernah terjebak Ah Longs tapi ada juga rakan-rakan artis yang lain. Saya percaya ada sindiket yang akan sasarkan golongan Artis/Atasan”-katanya

Kawan Sendiri Pun Komen Negatif

Lebih mengecewakan, Warren agak terkejut tatkala melihat kawan sendiri melemparkan komen negatif tentang dirinya di ruangan komen di blog mahupun forum tentang dirinya yang menjadi tular.

“Apa yang buat saya terkilan ialah apabila kawan-kawan yang saya kenal memberi komen dalam forums/blogs, tapi ini semua adalah lumrah kehidupan. Bila saya cakap ‘SAYA BUKAN MACAM NI PUN’ orang tak percaya, bila saya cakap “YA SAYA MACAM NI PUN orang tak percaya. Jadi baik saya biarkan jelah, tak ambil peduli”- tegasnya.

Nafi Che Ta Tidak Mengenalinya

Mengulas isu tentang berita dari sebuah portal yang mendakwa usahawan Rozita Che Wan atau Che Ta tidak mengenalinya selepas tularnya kes hutang Ah long itu, ini reaksi Warren;

IKLAN

“Saya cukup terkilan dengan Che Ta yang kata tak kenal saya,  padahal banyak gambar bersama dan selalu datang kedai saya. Juga dengan komen-komen darinya amat kurang sopan, Saya pun segan nak lafazkan” katanya kepada Murai MY.

“Saya juga tak pernah kata Che Ta mulia. Yang saya balas adalah pada Zain, dia tak mahu buka aib saya”

Terkilan, para ilmuan dalam agama Islam Diam Seribu Bahasa

Di saat-saat Warren ditimpa pelbagai kecaman dan ujian, jauh di sudut hatinya inginkan bimbingan serta nasihat dari para ilmuan dalam soal agama yang pernah menjadi teman rapatnya sebelum ini.  Sebelum ini, Warren pernah menjadi tetamu program realiti Pencetus Ummah (PU) musim kedua pada 2014. Namun, dia terkilan kerana tiada siapa yang cuba mendekatinya dan mereka diam seribu bahasa.

“Juga mengenai Pencetus Ummah,  yang saya terkilan adalah apabila Ustaz-Ustaz dan Ustazah-Ustazah, penerbit-penerbit rancangan, malah yang benar-benar mengenali saya, semua diam. Mereka menampakkan saya seolah-olah bukan kenalan mereka dan pendosa besar”- keluhnya

“Jika tahu saya dah menyimpang akidah dan sebagianya, maka tegur dengan JUJUR, IKHLAS, Niat Benar nak didik saya agama dengan baik”

Warren akui, dia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, lagi-lagi dia sebagai seorang mualaf, banyak dia perlu belajar dan memahami dalam ilmu agama Islam.

“Sejujurnya, sebagai mualaf yang smua orang kata saya tersimpang. Apa salahnya mendidik? dari kutuk, kenali saya dengan mendalam., jika saya tersasur, tegur dengan niat jujur”

Warren mengucapkan syahadah pada 18 Julai 2014 dan kemudian dijemput menjadi tetamu undangan PU di saluran Astro Oasis pada tahun sama untuk berkongsi pengalamannya sebagai mualaf. Namun imej Warren sudah semakin berubah ke arah seakan-akan wanita, telah mendapat pelbagai komen dan persepsi orang ramai.

Namun, siapalah kita untuk menghukum sesama manusia melalui penampilan, sedangkan diri sendiri belum lagi sempurna. Daripada  menghentam apa salahnya kita doakan yang baik-baik. Hanya Tuhan berhak menghakiminya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda