Biasanya kita boleh dapatkan sepinggan Nasi Goreng dalam sekitar RM4-RM5 sahaja. Tapi jangan terkejut jika anda harus membayar sehingga ratusan ringgit untuk mendapatkan sajian yang sama.

Ya, memang wujud nasi goreng yang paling mahal di dunia, tapi apa yang istimewanya? Yang jelas, harga sepinggan nasi goreng paling mahal ini berharga RM300, dan hanya boleh didapati di Bali, Indonesia.

Hal ini telah dikongsikan seorang pakar motivasi terkenal Tung Desem Waringin berasal dari Indonesia, dia mana dia telah memuat naik gambar di akaun Instagramnya sambil menunjukkan nasi goreng yang paling mahal di dunia.

View this post on Instagram

Ngerasain Nasi Goreng Termahal di Dunia Rp. 1.000.000,- di @hanginggardensofbali …… Enak Tenan. ๐Ÿ‘๐Ÿค—๐Ÿ‘. . Jadi foto2 di IG sebelum ini adalah Benar di Ubud di Sungai Ayung, di pinggir kali, di Indonesia, di Bumi. Tepatnya di @hanginggardensofbali. Milik Mbak Fitri dan Mr NIR. Teman yg Dahsyaaaaaaat. . Wish You Here. . Nginap di sini semalam ya antara Rp. 10 juta sampai USD 10.000 semalam di Hidden Palace. Foto saya dg istri di Ranjang yg 4 meter kali 2. Banyak Pangeran dan Royal family yg menginap di sini. . Salam Dahsyaaaaat Selalu. . Semoga Semua Sehat Panjang Umur, Bijaksana, Kaya Raya, Keluarga Harmonis dan Bahagia Selalu. . Aamiin. ๐Ÿ™.

A post shared by Tung Desem Waringin (@tungdesemwaringin.tdw) on

Bagaimanapun, apabila diterokai dengan lebih mendalam, ternyata Tung bukanlah satu-satunya pengunjung yang telah mencuba sajian ini. Youtuber popular, Farida Nurhan juga pernah merasakan hidangan mewah ini.

IKLAN

Tertarik dengan fakta tentang hidangan ini? Lihat ulasan di bawah;

Boleh Didapati Dalam Resort Mewah di Ubud

Untuk mencuba sajian nasi goreng yang paling mahal di dunia, anda boleh mengunjungi salah satu daripada hotel mewah yang terletak di Ubud iaitu Hanging Garden Bali. Kebetulan Tung menginap di sana.

Harga untuk semalam di hotel ini bermula RM3,300 hingga RM40,000. Jadi, jangan terkejut jika resort ini memang menjual menu nasi gorengย  paling mahal di dunia yang dibuat di Restoran Three Elements.

Sepinggan cukup untuk berdua

Rupa sajian Nasi Goreng ini seperti bentuk kon! Porsinya seolah-olah cukup untuk dua orang. Menu ini dipanggil Nasi Goreng Satu Juta. Dalam menu tertulis harganya IDR 1 juta atau sekitar RM300 tidak termasuk cukai.

Kenapa mahal? Alasannya, sebagai satu bentuk penghormatan untuk restoran ini kepada tukang masak. Mereka mengakui bahawa nasi goreng ini adalah salah satu hidangan paling lazat di dunia, kerana restoran itu membuat menu nasi goreng yang luar biasa.

Apa yang jelas, nasi goreng dibuat daripada beras organik terpilih yang dicampur dengan ketam, udang, telur asin, dan cendawan.

IKLAN

Sementara itu, hidangan sampingan termasuk rendang kambing, sambal udang, dan banyak lagi. Sila pilih seperti yang anda mahu!

Dah la Mahal Kena Tunggu 30 minit Untuk Siap

Untuk dapat menikmati nasi goreng yang paling mahal, anda diharuskan untuk menunggu sehingga 30 minit. Rasanya tiada masalah jika anda menunggu di restoran seperti ini, lihatlah pemandangan di sekeliling anda. Bila lagi anda boleh menikmati pemandangan indah seperti ini jika tidak di Ubud, Bali. 30 minit pasti tidak akan merasai apa-apa.

Itu adalah sekilas fakta tentang nasi goreng yang paling mahal. Ingin tahu rasanya? Boleh siap-siap tempah menginap di Hanging Garden Bali.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry