Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Kumpulan Spider Bakal Hiburkan Peminat 8 Mac Ini!

by Khai Azfar
February 15, 2020
61
KONGSIAN
Share on Facebook

Kumpulan Spider merupakan kumpulan muzik Malaysia yang membawa lagu-lagu berunsur rock yang mempunyai pengaruh ska ini ditubuhkan pada tahun 1996 dan bakat mereka di asah oleh komposer terkenal iaitu Datuk M. Nasir di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd.

Kembali 8 Mac Ini

Bagi mengubati kerinduan para peminat, mereka bakal beraksi dalam edisi akaustik selama hampir 2 jam dan mendendangkan para peminat dengan lagu-lagu hits mereka seperti Cinta Dewa Dewi, Relaku Pujuk da banyak lagi menerusi Sunday Night Live bersama Spider di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 8 Mac 2020, jam 10.30 malam. Untuk yang berminat, tiket akan dijual dengan harga RM100.00 (termasuk satu minuman ringan) untuk setiap seorang.

Sejarah Spider

Album pertama mereka diterbitkan pada tahun 1999 berjudul Ngam Ho dan Berjaya memperkenalkan lagu hits “Mungkinkah Terjadi”. Manakala Aladin muncul pada tahun 2002 dan album ini terjual melebihi 60,000 unit menerusi lagu hit Aladin, Kekal, Kasih Latifah, Kau Saja dan Laukku Cukup Masin. Pada tahun 2004 pula, album berjudul Nazraku yang memperkenalkan lagu hit Nazraku, Cinta Dewa Dewi dan Relaku Pujuk mendapat tempat dikalangan peminat.

Sebagai rekod, album ini telah memenangi anugerah Album Terbaik pada AIM 12. Pada tahun yang sama, Spider juga telah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Relaku Pujuk. Pada tahun 2007, Spider menerbitkan album Bintang 12 dan mendapat sambutan ramai selain mendapat pujian daripada pihak media kreativiti mereka menerusi lagu hit Mabuk, Salut, Anti Graviti dan Bila Nak Saksi. Album ini juga telah dicalonkan menerusi kategori Album Rock Terbaik di AIM15 dan pernah mendapat kedudukan tertinggi dalam carta radio dalam negara .

Spider mengalami perubahan anggota apabila pemain bass asal iaitu Tony mengambil keputusan untuk berundur diri dari kumpulan ini dan telah digantikan oleh bekas pemain kumpulan Bau iaitu Is yang sudah lama mengenali di antara satu sama lain. Tam sebagai penyanyi dan sesekali kelihatan memetik gitar, Nafi sebagai pemain gitar utama, Aie merupakan pemain drum juga adalah adik kepada pemain gitar utama Exits yang dikenali sebagai Along dan Is pengganti Tony akan beraksi di pentas Sunday Night Live di
Hard Rock Cafe Kuala Lumpur kelak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kumpulan Spider
https://lomp.at/agf61
Share41Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem