Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Ceria Megastar Kembali Untuk Musim Kedua

by Khai Azfar
February 25, 2020
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, Astro membawakan kembali ‘Ceria Megastar’, sebuah program realiti aneka bakat yang menampilkanpara peserta cilik berumur 18 tahun dan kebawah, bermula Mac ini.

Kembali Untuk Musim Kedua 

Merupakan edisi kedua selepas kejayaan musim pertamanya pada tahun 2018, ‘Ceria Megastar’ kali ini tampil berbeza apabila menggandingkan peserta baru yang hadir dari pelbagai latar belakang, yang mana ada di antara mereka mempunyai pengalaman menyertai pertandingan bakat di peringkat antarabangsa, bersama barisan peserta yang pernah menyertai program anjuran saluran Astro Ceria seperti ‘Ceria Pop Star’, ‘i-Star’, ‘All Star’ dan ‘Ministar’.

20 Peserta Merebut Gelaran Megastar 

Seramai 20 peserta akan beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat masing-masing seterusnya merebut gelaran terulung, ‘Megastar’ dan membawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai. Juara ‘Ceria Megastar’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM25 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan memenangi RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi.

Barisan Juri Dan Tenaga Pengajar 

‘Ceria Megastar’ ini bakal bersiaran secara langsung selama 8 minggu berturut-turut, mulai Sabtu, 29 Februari 2020, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Raja Azura dan Nabil Ahmad Selaku Hos

Menariknya lagi lagu tema ‘Ceria Megastar’ musim ini dipersembahkan oleh mantan peserta ‘Ceria Megastar 2018’, Chubb-E dan Vanessa Reynauld. Barisan juri pula terdiri daripada Ernie Zakri dan Zizan Razak manakala Datuk Syafinaz Selamat, Alam Wakaka serta Chubb-E sendiri akan menjadi tenaga pengajar mengikut ‘forte’ mereka tersendiri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ceria Megastar 2020
https://lomp.at/pob45
Share15Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem