Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Saya Mohon Maaf Bukan Beerti Kalah”- Aliff Syukri

by Khai Azfar
February 24, 2020
167
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi, usahawan selebriti terkenal Dato Seri Aliff Syukri telah memohon maaf secara terbuka kepada Ali Puteh dan keluarganya.

Dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat DHerbs itu tadi, Aliff turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada balu Allahyarham Abam berikutan isu yang terjadi baru-baru ini yang mana usahawan itu kononnya dikatakan sebagai punca perbalahan antara Ali dan kakak iparnya.

Menurut Aliff ketika ditemui Murai.my, dia membuat permohonan maaf tersebut adalah kerana enggan membesarkan isu yang kini hangat diperkatakan.

“saya memohon maaf bukanlah bererti kalah tetapi enggan memanjangkan cerita ini”

Dalam pada itu, Aliff juga menyatakan bahawa dia bersedia untuk bersemuka dengan Ali dan keluarganya bagi memohon maaf seperti yang diminta oleh pelawak itu dalam kenyataan nya sebelum ini.

“Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf sepuluh jari kepada Ali, ibunya serta hidayah atas tindakan dan kenyataan saya sebelum ini.

Demi Allah, saya langsung tidak berniat untuk memecah belahkan keluarga ini sebaliknya hanya ingin membantu memberi sedikit bantuan selepas dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Abam”

Terdahulu, Ali dikatakan telah mengamuk kononnya berpunca daripada sesi temubual usahawan kosmetik itu bersama balu Abam.

Dalam temu bual tersebut yang disiarkan secara langsung menerusi laman Instagram dan Facebook milik usahawan itu, Aliff telah menziarahi keluarga Allahyarham serta berkesempatan untuk bertanyakan beberapa soalan peribadi termasuk mengenai harta peninggalan arwah yang mana telah mengundang kemarahan Ali.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] "Jangan Jatuhkan Maruah Abah Sebagai Artis Dan Datuk Seri!" - Aliff Syukri Menyakat Anak, Cuit Hati Netizen
Ali Putehali putihaliff syukri
https://lomp.at/6wps3
Share72Tweet40SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem