Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Rasa Tak Sedap Badan Setelah Pulang Dari ‘Travel’? Ikuti 5 Tips Ini!

by Phic ARMAN
February 27, 2020
60
KONGSIAN
Share on Facebook

Baki cuti tahunan yang banyak sering digunakan oleh ramai orang untuk melancong. Lagi-lagi yang selalu sibuk berkerja di pejabat, pasti kesempatan ini mereka akan berehat secukupnya dan melupakan seketika soal kerja. Walaubagaimanapun, setelah pulang dari bercuti, kadang-kadang membuat seseorang merasa letih.

Sepatutnya selepas pulang dari bercuti, kita akan lebih bersemangat untuk bekerja semula, tetapi lain pula jadinya. Mungkin ada di antara kita yang terpaksa ambil MC (cuti sakit) kerana tidak sihat selepas balik bercuti.

Jika anda pernah mengalami hal yang sama, jom ikuti empat tip untuk kekal sihat semasa cuti dan selepas tiba di rumah.

Tidur Yang Cukup

Via Business Insider

Memang tak dapat dinafikan, bila bercuti kita teruja nak bangun awal tengok ‘Sunrise’ ataupun mahu ke pasar pagi. Tapi harus ingat, anda harus tidur awal untuk bangun awal.

Rehat yang mencukupi adalah satu perkara penting yang perlu anda penuhi untuk memastikan tubuh sentiasa cergas semasa cuti.

Walaupun tujuan cuti itu adalah untuk meneroka banyak tempat pelancongan yang mungkin, tetapi jika anda kurang tidur dapat membuat tubuh anda lemah. Tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam. Anda perlu berehat secukupnya selepas pulang dari bercuti.

Jangan Sampai Dehidrasi

Anda harus minum air masak dengan kuantiti yang banyak supaya anda sentiasa sihat semasa bercuti. Jangan sampai dehidrasi kerana ia akan menjadikan tubuh anda mudah letih dan diserang oleh penyakit. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Kurang minum air di negara dengan cuaca kering juga boleh membuatkan kulit anda kering dan menyakitkan.

Senaman Ringan

Via Healthline

Sekiranya bersenam merupakan aktiviti harian anda, teruskan aktiviti walaupun semasa cuti. Ini dapat memastikan tubuh anda sihat dan cergas sepanjang percutian sehingga anda pulang ke tanahair.

Ramai Tak Tahu Negara 'Balkan' Ni Wujud!

Ambil Vitamin C

Ini sangat penting, setelah pulang ke rumah, ambil suplemen yang mengandungi magnesium atau Vitamin C untuk kesihatan keseluruhan badan. Anda juga dinasihatkan untuk memakan pisang kerana ia mengandungi kalium yang boleh membantu mengimbangi tahap elektrolit dalam badan.

Minum Teh Chamomile

Setelah bercuti panjang, kembali ke tempat kerja boleh membuat anda rasa gugup. Minum teh chamomile supaya minda anda menjadi lebih tenang. Jika anda mengalami kesulitan tidur selepas pulang dari negara yang jauh dan berlakunya perubahan masa atau jetlag, cuba minum teh chamomile sebelum tidur. Kesannya yang menenangkan akan membuatkan anda berasa lebih selesa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
backpackmelancongpelanconganpercutiantak sihat melancongtips melancong tak sihattips tak sihat balik traveltips tak sihat pulang traveltravel tipsvirus ketika melancong
https://lomp.at/kltg3
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem