Pelakon Tasha Shila telah selamat bergelar isteri kepada ahli kewangan, Muhammad Atiq Idris 33, dengan sekali lafaz pada pagi tadi (Jumaat 28 Februari) di Masjid Wilayah Jalan Duta di ibukota.

Perkenalan Selama Dua Bulan 

Siapa sangka perkenalan selama dua bulan semenjak Disember lalu telah membawa mereka ke ikatan yang sah. Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas.Tempoh perkenalan selama 2 bulan itu juga telah mendapat sokongan baik dari kedua belah pihak keluarga.

IKLAN

Berhijrah Ke Singapura

Difahamkan, Atiq telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM800 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Menurut Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila binti Abdul Razak, dia telah memilih untuk tinggal bersama Atiq di Singapura apabila selesai dengan majlis persandingan di sebelah lelaki kelak.

Menurutnya,dia memilih untuk tidak menghebahkan niat mendirikan rumah tangga kerana baginya isu seperti ini lebih peribadi dan memadai untuk hanya dikongsikan bersama keluarga dan sahabat karib.

Dalam majlis pernikahan, Tasha dan pasangan kelihatan serba putih dengan hasil rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat di sebelah pagi manakala pada sebelah resepsi pasangan ini memilih untuk mengenakan busana tradisional melayu klasik rekaan Zaimi Zulkafli.Majlis resepsi pertama pihak perempuan akan diadakan di sebelah petang pada hari yang sama manakala resepsi kedua pihak lelaki akan diadakan pada minggu hadapan.