Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Bunga Citra Lestari Sebak Di Kemunculan Pertama Selepas Pemergian Ashraf Sinclair

by Khai Azfar
March 2, 2020
Share on Facebook

Atas dasar komitmen dan sikap profesional nya, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) tetap menunaikan tanggungjawab nya untuk menghiburkan peminat pada Jumaat dan Sabtu yang lalu.

BCL Sebak

Persembahannya menerusi Friday Fusion di SQ Quarter Dome, Cilandak Indonesia itu merupakan kemunculan pertama BCL selepas pemergian suami tercinta yang juga pelakon Malaysia dan Indonesia, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia dua minggu yang lalu. Dalam persembahan itu, BCL telah mendendangkan lagunya yang berjudul Cinta Sejati yang mana membuatkan dia gagal menahan perasaan sebak ketika menyanyikan lagu tersebut.

https://twitter.com/ibcig/status/1233668935389564928

Tidak Mampu Menyanyi Lagu Sedih 

Malah dia turut terhenti seketika kerana terlalu sebak selain memohon maaf dia kini hanya boleh menyanyikan lagu-lagu yang gembira sahaja kerana tidak mampu lagi untuk menyanyikan lagu berunsur sedih.

Selain Cinta Sejati, BCL turut mendendangkan sebuah lagi lagu popularnya berjudul Harta Berharga. Kelihatan sesekali peminat menghadiahkannnya beberapa kuntum bunga sebagai penghargaan buat penyanyi kesayangan mereka itu.

https://twitter.com/blossmeow/status/1233568200140324865

Pada 18 Februari lalu, industri dikejutkan dengan berita pemergian Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham meninggalkan BCL dan anak, Noah Aidan Sinclair, berusia 10 tahun.

Error happened.
Terbang Ke Oxford Bukti Noah Sinclair Makin Dewasa, Tapi Lain Pula Netizen 'Zoom'- "Tampannya Mirip..."
bunga citra lestari
https://lomp.at/etym7
Share6Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara