Pemergian suami tercinta iaitu pelakon, Ashraf Sinclair ternyata memberikan impak yang cukup mendalam buat Bunga Citra Lestari (BCL). Dikhabarkan selepas pemergian Allahyarham, BCL tidak dapat tidur selama tiga hari dan enggan masuk ke bilik mereka bersama yang mana Ashraf ditemui sudah menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil.

Kembali Sabtu Ini 

Biarpun begitu, BCL nekad untuk terus bangkit dan bakal membuat kemunculan semula pada Sabtu ini. Menerusi sebuah konsert  di Pullman Central Park, Jakarta Barat menurut penganjur, BCL akan berkolaborasi bersama Ronan dan Christian Bautista. Pelantun Ingkar itu akan membuat persiapan beberapa lagu yang akan dibawakan secara solo dan duet bersama kedua-dua penyanyi itu.

IKLAN

“Ya (BCL) sudah mengesahkan akan meneruskan persembahan.

“Walaupun sedang berduka, BCL memastikan secara profesional dirinya tetap tampil pada konsert itu,” ujar Pegawai Perhubungan Media Relation Fullcolor, Rizky.

Saling Mengenali 

Sebagai info, BCL dan Ronan saling mengenali sejak tahun 1990-an. Terdahulu,Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari lalu.Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia dan meninggalkan seorang balu serta seorang anak lelaki bernama Noah Sinclair berusia 10 tahun.