Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

AirAsia Unlimited RM499: 4 Hal Ini Patut Anda Pertimbangkan Sebelum Membeli

by Phic ARMAN
March 2, 2020
69
KONGSIAN
Share on Facebook

Di dalam kekecohan merebaknya Virus Corona di seluruh dunia, muncul pula tawaran hebat dari syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang membuatkan ramai tak senang duduk.

Kini para penumpang AirAsia boleh menggunakan penerbangan tanpa had selama setahun dengan Pas AirAsia Unlimited dengan hanya RM499, dan boleh dibeli di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia selama tujuh hari sahaja bermula dari 29 Februari.


Para pemegang Pas AirAsia Unlimited diberi kuasa untuk menebus penerbangan tanpa had antara Kuala Lumpur dan Australia, Jepun, India dan banyak lagi dalam masa setahun (tempoh perjalanan antara 2 Mac 2020 dan 2 Mac 2021) tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan , bagasi dan caj lain. Tempahan penerbangan mesti dilakukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas.

Nampak memang seronok bukan? Seolah-olah anda boleh pusing 1 dunia bila-bila masa tanpa mengeluarkan wang selama setahun. Tapi anda silap, banyak hal yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli pas tanpa had AirAsia ini.

‘Pas AirAsia Unlimited’ Bukan Untuk Semua Destinasi

Pas AirAsia Unlimited boleh ditebus hanya pada AirAsia X dan penerbangan Thai AirAsia X yang mengandungi Kod D7 dan XJ, masing-masing, KECUALI untuk laluan AirAsia X di bawah (dalam kedua-dua arah):

  • Kuala Lumpur – Denpasar (Bali)
  • Kuala Lumpur – Singapura
  • Kuala Lumpur – Jeddah

Jadi penerbangan yang bukan AirAsia X tidak layak untuk ditebus. Kepada yang tidak tahu, AirAsia X, adalah penerbangan long haul (jarak jauh). Kebiasaannya AirAsia X terbang menggunakan Airbus A330 dan Airbus A340 yang mampu terbang lebih dari lima jam seperti ke Australia, China, India dan sebagainya.

‘Pas AirAsia Unlimited’ Bukan Bermaksud Anda Tak Perlu Keluar Wang

Anda harus ingat, Pas ‘AirAsia Unlimited” bukan bermaksud anda tidak perlu bayar apa-apa untuk tiket penerbangan. Anda hanya dikecualikan bayaran tambang asas, namun tetap kena bayar caj-caj yang lain seperti  untuk caj lapangan terbang, cukai dan yuran pengawalseliaan, atau caj lain.

Lakemba: Port Makan Halal & Masjid Tenang di Tengah Sydney, Australia

Kadar caj-caj ini bergantung kepada destinasi yang ditujui. Contohnya, jika menempah tiket ke Tokyo, Jepun pergi dan balik, anda dikehendaki membayar

  • Caj Perkhidmatan Penumpang (RM50.00),
  • RSC (RM1), 
  • Malaysia Departure Levy (RM20),
  • Cukai Lapangan Terbang (RM99),
  • Cukai Pelancong Antarabangsa (RM39).

Jadi jumlah keseluruhan anda harus membayar RM209 dengan menggunakan Pas ‘AirAsia Unlimited’.

Tiada Mata Ganjaran Jika Guna ‘AirAsia Unlimited’

Buat pemegang akaun BIG MEMBER yang suka kumpul mata, malangnya tiada mata ganjaran untuk  akan diberikan untuk pembelian menggunakan . Penggunaan AirAsia Unlimited Pass tidak akan mendapat apa-apa Mata Ganjaran BIG, dan penerbangan yang diterbangkan dengan menggunakan AirAsia Unlimited Pass tidak akan dikira untuk sebarang tawaran atau bonus.

Penebusan Mata Ganjaran BIG juga tidak dibenarkan untuk pembelian pas AirAsia Unlimited.

Anda Mungkin Alami Masalah Memilih Tarikh Yang Sesuai

Bukan semua tarikh sepanjang tahun boleh ditebus dengan Pas ‘AirAsia Unlimited’.  Penebusan penerbangan adalah terhad dan tertakluk kepada ketersediaan kerusi. Tempat duduk mungkin tidak tersedia pada setiap penerbangan atau hari, contoh disebabkan oleh permintaan yang tinggi pada waktu seperti hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah, dan sebagainya. Pas AirAsia Unlimited tidak menjamin ketersediaan penerbangan tertentu.

Jadi anda berminat untuk mendapatkan pas AirAsia Unlimited? Sebaik sahaja anda membeli Pas AirAsia Unlimited, anda boleh menggunakan kod promo untuk menempah penerbangan di AirAsia.com atau AirAsia App. Tempahan anda mesti dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh berlepas dan tarikh tempahan yang terakhir akan dibuat pada 16 Feb 2021.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
AirAsia Unlimitedairasia xkeburukkan AirAsia Unlimitedkelebihan AirAsia UnlimitedManfaat AirAsia Unlimitedmenarik AirAsia Unlimitednak beli AirAsia Unlimitedsyarat AirAsia Unlimitedtiket percuma Airasia
https://lomp.at/gpq0z
Share28Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem