Judika Tak Mampu Tahan Air Mata Lihat BCL Saat Nyanyi Single Terbaharu

Bagaimanapun usai nyanyian oleh penyanyi lelaki popular itu, BCL bangun menepuk tangan memberikan penghormatan buatnya sambil mengalirkan air mata.

1.4K

Air mata Bunga Citra Lestari (BCL) kembali berjurai setelah kembali menjadi juri di Grand Final Indonesian Idol X, pada malam Isnin.

Gagal Tahan Sebak 

Balu kepada pelakon Ashraf Sinclair itu gagal menahan sebak disaat Judika mendendangkan single terbaharunya yang berjudul Tak Mungkin Bersama. Ketika itu, BCL sempat menangkupkan kepala di atas meja untuk menyembunyikan air matanya namun gagal sehingga terpaksa ditenangkan oleh rakannya yang juga juri bersama, Ari Lasso.

Judika Menangis 

Bagaimanapun usai nyanyian oleh penyanyi lelaki popular itu, BCL bangun menepuk tangan memberikan penghormatan buatnya sambil mengalirkan air mata. Bagi Judika pula, dia meminta semua penonton untuk memberikan tepukan gemuruh buat rakannya sebagai satu tanda semangat buatnya untuk terus kuat selepas kehilangan orang tersayang.

IKLAN

Menurut Judika kepada hos Indonesian Idol, pada mulanya dia enggan melancarkan lagu itu dalam masa terdekat. Namun atas sebab tersendiri, dia memperdengarkan secara rasmi buat semua peminatnya pada malam itu. Mengimbas kembali pada hari pemergian Allahyarham, dia mengalirkan airmata disaat mendengar berita sedih mengenai sahabatnya itu.

“Saya bukannya mahu mengungkit sebuah kejadian, tetapi ketika saya dalam pesawat kebetulan kejadian tersebut terjadi pada Bunga. Saya dalam kapal terbang pada jam 6 pagi. Entah kenapa saya dengar lagu ini terus menangis” katanya

Pada 18 Februari lalu, industri dikejutkan dengan berita pemergian Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham meninggalkan BCL dan anak, Noah Aidan Sinclair, berusia 10 tahun.