Serendah RM499! Lihat Kenapa REALME C3 Berbaloi Untuk Dibeli

747

REALME C3 secara rasmi boleh dibeli selepan dilancarkan hari ini di sebuah majlis pelancaran yang diadakan di Route 88, Damansara, Selasa (3 Mac 2020). Agak mengejutkan apabila harga diumumkan, ia boleh didapati dengan harga Realme C3 3GB RAM + 32GB storage serendah RM499.

Peranti ini akan tersedia untuk pembelian mulai hari ini bermula  jam  petang, secara eksklusif di kedai rasmi Realme di Shopee. Jika anda lebih suka mendapatkannya di kedai, jualan luar talian akan bermula pada 7 Mac 2020.

Lebih menjimatkan, Realme menawarkan baucar RM20 untuk pembelian melebihi RM400 dan anda boleh menebusnya dengan kod “COLORFUL”. Baucar adalah terhad dan sah sehingga 11:59 pada 3 Mac 2020.

Kenapa REALME C3 Berbaloi Untuk Dibeli?

Antara hal yang paling utama untuk dlihat ialah kamera. REALME C3 dilengkapi dengan tiga kamera belakang iaitu 12MP+2MP+2MP. Realme C3 mempunyai paparan skrin seluas 6.5 “HD + LCD dan ia merupakan telefon pintar pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G70. Untuk Malaysia, anda hanya mendapat satu varian tunggal yang menawarkan 3GB RAM dan 32GB storan. Sekiranya anda memerlukan saiz yang lebih besar, anda boleh menambah lebih banyak storan melalui kad microSD.

REALME C3 ini juga dilengkapi dengan sensor cap jari yang dipasang pada belakang peranti dan ia juga menyokong Face Unlock. Dilengkapi bateri 5,000mAh yang lebih besar 25% daripada Realme C2 dan menyokong pengisian cepat 10 Watt.

IKLAN

Realme turut menambah beberapa ciri ekstra seperti Music Share yang membuat pengguna dapat mendengarkan musik melalui dua peranti sekaligus, iaitu melalui kabel earphone dan wireless earphone.

Jadi bagaimana? Berminat untuk mendapatkan REALME C3? Anda boleh segera berkunjung ke kedai rasmi Realme di Shopee sekarang untuk mendapat tawaran harga yang lebih murah.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry