Nampaknya begitu laris pas tanpa had AirAsia atau ‘AirAsia Unlimited Pass’ yang mula dijual sejak 29 Februari lalu dengan harga RM499.

Rata-rata mereka menganggap tawaran ini sangat berbaloi dan menjimatkan, namun ada segelintir netizen yang meragui dengan tawaran ini, memandangkan banyak penerbangan ke negara yang berisiko tinggi dengan COVID-19. 

IKLAN

Senarai Harga 54 Penerbangan Jika Guna ‘AirAsia Unlimited Pass’

Untuk info, Pas ‘AirAsia Unlimited’ yang ditawarkan oleh AirAsia itu hanya membenarkan penebusan penerbangan dengan tambang asas sifar dan tidak termasuk cukai dan yuran kerajaan, caj lapangan terbang, serta tambahan seperti bagasi dan makanan, atau caj lain.

Berikut adalah senarai cukai dan yuran kerajaan mandatori (perjalanan balik 2 arah) yang harus dibayar untuk destinasi yang tersedia:

Jika anda berminat untuk dapatkan pas istimewa inim  ke airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk sambar tawaran ini. Dengan pas ini anda mempunyai kuasa mutlak untuk terbang tanpa had ke banyak destinasi jarak jauh dengan AirAsia X.

Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh berlepas penerbangan. Pemegang pas boleh melakukan perjalanan tanpa had dari sekarang hingga 2 Mac 2021.