Semalam kecoh apabila terdapat dakwaan yang mengatakan punca prestasi pemain bola JDT, Safawi Rasid merosot adalah kerana dipaksa untuk berkahwin dengan kadar segera oleh teman wanitanya yang juga pelakon, Syifa Melvin.

TMJ Dedah Perbualan 

Isu tersebut bermula apabila Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim mendedahkan prestasi salah seorang pemain bola pasukannya, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) semakin merosot.

IKLAN

Dalam status yang dimuatnaik Tunku Ismail Idris atau lebih dikenali sebagai TMJ menerusi laman Insta-story, kelihatan suntingan perbualan baginda di laman WhatsApp bersama seorang pemain bola yang merujuk kepada Safawi.

Saling Menyindir 

Dalam pada itu, Syifa menerusi laman Instagram nya menafikan dakwaan tersebut sebelum disusuli posting oleh kakaknya, Syatilla Melvin yang tampil mempertahankan Syifa.

Seolah-olah menyindir kenyataan TMJ, menurut Syatilla dia sendiri tidak pernah ‘meroyan’ di media sosial.

Tidak lama kemudian, TMJ turut berkongsi status yang dimuat naik oleh pelakon itu dengan menyindirnya kembali bahawa status tersebut merujuk kepada orang yang hanya berpura-pura baik disebalik berhijab. Bagaimanapun menerusi carian murai.my, status kedua-duanya sudah dipadam.

Terdahulu,Awal Januari yang lalu, Syifa mendedahkan untuk merancang hubungan cinta dengan Safawi ke arah yang lebih serius.