Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Anggap Seperti Adik Sendiri, Wanita Kecewa Ditipu Isteri Da’i Farhan

by Khai Azfar
March 5, 2020
149
KONGSIAN
Share on Facebook

Seorang wanita telah ditahan semalam selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menipu seorang wanita berhubung urusan sijil halal.

Diperdaya Dr Erin 

Wanita tersebut, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr Erin yang juga isteri kepada Da’i Farhan didakwa memperdayakan mangsa dengan berjanji untuk menguruskan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu tonik cap Orang Kuat yang diusahakan oleh mangsa.

Gambar : Astro Awani

Anggap Seperti Adik Sendiri 

Dalam pada itu, mangsa yang dikenali sebagai Norsiha Aala merupakan seorang pengasas kosmetik mengaku membuat laporan polis terhadap isteri Da’i Farhan kerana kecewa ditipu. Menurutnya, sebelum ini dia menganggap Dr Erin sebagai sahabat karibnya dan turut menganggap seperti adik sendiri.

“Saya buat begitu kerana kecewa dan terkilan kerana hubungan kami sangat rapat…Bahkan saya tak pernah menganggap dia sebagai sahabat sebaliknya, seorang adik.

“Hubungan kami mula rapat sejak empat tahun lalu dan saya meletakkan kepercayaan penuh kepada dia kerana kami ada beberapa projek bersama.

“Sebab itu apabila ditipu, rasa sangat kecewa dan sedih. Itu sahaja yang boleh saya cakap buat masa ni,” katanya.

Jelas Norsiha, dia terpaksa membuat tindakan undang-undang selepas perbincangan awal antara mereka tidak menemui jalan penyelesaian. Norsila mendakwa telah membayar sebanyak RM10,500 kepada Dr Erin namun sehingga tahun lalu tiada sebarang proses mengenai perjanjian dibuat.Bagaimanapun Norsiha tidak mahu mengulas tentang kes itu kerana masih dalam perbicaraan.

Dalam pertuduhan tersebut, Dr Erin mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula. Majistret Wong Chia Sia menetapkan tarikh 3 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Dr Erinisteri Da'i Farhan
https://lomp.at/2rbhe
Share64Tweet35SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem