Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

COVID-19: 5 Tips Lindungi Diri Dari Virus Ketika Naik Pengangkutan Awam

by Phic ARMAN
March 5, 2020
KUALA LUMPUR 17 JULY 2017. Orang ramai mengambil peluang menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Massa (MRT) secara percuma laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa kedua selepas dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen MRT Bukit Bintang. NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR 17 JULY 2017. Orang ramai mengambil peluang menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Massa (MRT) secara percuma laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa kedua selepas dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen MRT Bukit Bintang. NSTP/ASYRAF HAMZAH

73
KONGSIAN
Share on Facebook

Virus corona atau COVID-19 telah merebak ke pelbagai negara, termasuk Malaysia. Siapa sangka, virus ini tersebar begitu cepat, terutama di kawasan awam. Yang menaiki pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorel dan sebagainya pasti mula rasa bimbang.

Ahli mikrobiologi dari University of Arizona, Amerika Syarikat, Charles Gerba memberi amaran bahawa orang ramai berisiko tinggi terdedah dengan bahaya dijangkiti virus jika menaiki pengangkutan awam.

Jadi apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan risiko terkena virus semasa menaiki pengangkutan awam?

Segera Cuci Tangan Selepas Turun Dari Pengangkutan Awam

Gerba, seperti yang dilaporkan oleh New York Post, telah menasihatkan orang ramai untuk segera menggunakan pembersih tangan (Hand Sanitizer) selepas turun dari pengangkutan awam. Mencuci tangan dengan sabun atau mengelap dengan pembersih tangan adalah berkesan untuk membunuh kuman atau virus.

Elak Dari Berhimpit-himpit Dengan Orang Ramai Ketika Naik Pengangkutan Awam

Via Harian Metro

Gerba memberi amaran, supa menghindari diri dari kerumunan orang ramai, lagi-lagi pada waktu puncak, terutamanya pada waktu pagi ketika kerja dan waktu mula persekolahan, dan pada waktu petang apabila pekerja pejabat mula pulang dari kerja.

Pada masa ini, pengangkutan awam sering sesak dan berhimpit-himpit. Ini meningkatkan risiko jangkitan kuman, terutama yang ditularkan melalui udara, dari batuk dan bersin.

Beliau mencadangkan bahawa jika boleh, pulang kerja lebih awal atau masuk lebih awal untuk bekerja, jadi anda tidak perlu berada di dalam pengangkutan awam sarat dengan orang ramai.

“Semakin rendah kepadatan orang, semakin rendah risiko,” kata Gerba.

Pastikan Barang-barang Yang Dibawa Dicuci

VIa MRT Corp

Di samping itu, jika anda membawa barang-barang yang banyak, termasuk beg membeli-belah dan kemudian meletakkannya di lantai stesyen, anda harus segera membersihkan bahagian bawah beg dengan tisu basah.

[VIDEO] Pengulas Amerika Hina Malaysia Tiada Wang?

Untuk menjadi lebih selamat, basuh beg membeli-belah yang menyentuh lantai atau tanah dengan menggunakan air panas.

Jangan Bermain Telefon Pintar

Via Istock

Perkara lain yang perlu anda lakukan, kalau boleh elak menyentuh atau bermain telefon bimbit semasa dalam perjalanan. Telefon bimbit boleh menjadi tempat merebaknya kuman. Jari kotor anda yang menyentuh tiang, kemudian sentuh skrin telefon kemudian pipi dan mulut anda jika anda membuat panggilan.

“Elakkan menggunakan telefon bimbit anda semasa menggunakan pengangkutan awam. Jika terpaksa, bersihkan skrin telefon anda menggunakan alkohol sebaik sahaja anda ke pejabat atau pulang ke rumah,” kata Gerba.

Langkah ini penting kerana kuman dan virus masih hidup, walaupun telefon bimbit disimpan dalam beg bimbit.

Jangan Makan Atau Minum Ketika Dalam Perjalanan

Terakhir, seboleh-bolehnya anda tidak boleh makan semasa perjalanan untuk mengelakkan diri daripada sakit.

Di beberapa kemudahan pengangkutan di Kuala Lumpur seperti LRT, MRT dan Monorel, sebenarnya ada larangan untuk tidak makan dan minum di dalamnya. Penumpang biasanya hanya boleh makan selepas tiba di stesen atau berhenti.

Kebiasaannya, orang gemar menyentuh wajah mereka ketika makan dan minum tanpa sedar. Mereka mungkin tidak perasan sebelumnya, tangan memegang tiang besi, atau menyentuh bahagian lain dalam pengangkutan awam.

  “Jadi jika anda hendak makan, tunggu sehingga anda turun dari LRT, MRT atau sebagainya untuk mengelakkan kemungkinan jangkitan tangan ke mulut,” kata Gerba.

Jangan lupa, cuci tangan terlebih dahulu atau lap dengan pembersih tangan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Amerika SyarikatCharles GerbaCOVID-19 BahayaCOVID-19 cegah selamatCOVID-19 Naik LRTCovid19Naik MRT COVID-19University of Arizona
https://lomp.at/4jc5h
Share37Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem