Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Beginilah Suasana Sepi Kaabah Gara-gara Covid-19, Izwan Azir Kongsi Foto & Video

by Phic ARMAN
March 6, 2020
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Arab Saudi mengenakan peraturan ketat kemasukkan ke Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Pengumuman mengenai peraturan ini telah dihantar pada hari Khamis (05/03/2020) waktu setempat. Bermula semalam, penutupan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi selepas satu jam solat isya dan akan dibuka sejam sebelum solat Subuh setiap hari. Dipetik dari Arabnews, langkah ini diambil sebagai usaha untuk mencegah penyebaran terbaru virus korona di Arab Saudi.

Sebelum ini, pada hari Rabu (3/4/2020), Kerajaan telah menggantung semua aktiviti ziarah umrah dan pihak berkuasa telah membersihkan Masjidil Haram sebagai usaha pensterilan. Seorang pegawai di Saudi berkata pembersihan itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

Izwan Azir Saleh Kongsi Foto & Video Kaabah Sepi

Sebuah video yang dimuat naik oleh bekas penyampai berita TV3, Izwan Azir Saleh pada hari Khamis menunjukkan mataf, lokasi di mana para jemaah biasa mengelilingi Kaabah, kelihatan sepi.

“Kepada yang bertanya, apakah benar Masjidil Haram ditutup, saya khabarkan bahawa lantai Tawaf (Mataf) buat masa ini ditutup, tetapi dalam Masjid, tingkat kedua dan bumbung, ia masih dibuka. Video ini adalah video semasa, diambil dari jendela hotel penginapan saya.” tulisnya di kapsyen.

Lihat foto-foto dan video seperti yang dikongsikan oleh beliu yang kini sedang berada di Tanah Suci.

View this post on Instagram

A post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh)

“Saya jadi insaf, betapa dengan hanya sekecil-kecil hamba Allah bernama Covid-19 yang ditimpakan kepada umat manusia sekarang, maka banyak urusan jadi tergendala.”-

View this post on Instagram

A post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh)

Di samping itu, antara Bukit Safa dan Marwah untuk melakukan Sa’i juga ditutup buat sementara waktu.

Jemaah berehat di atas sejadah saat mengerjakan umrah di Masjidil Haram yang kelihat begitu sepi gara-gara COVID-19. (Foto AP)

Jemaah juga dilarang membawa makanan dan minuman ke masjid, dan akses ke Air Zam-zam akan dihentikan sementara. Lokasi makam Nabi Muhammad dan dua sahabat, Abu Bakr Sidik dan Umar bin Khattab, juga akan ditutup kepada jemaah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Amar Baharin Kayuh Basikal 50 Darjah Celcius ke Madinah, Berjaya Sampai Walau Dianggap Kerja Bodoh
corona viruscovid-19izwan azir salehkorona virus makkahmakkah larang umrahsuasana terkini Kaabahumrah
https://lomp.at/9suyd
Share32Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem