Ramai Tak Tahu! 5 Barang Dari Bilik Hotel Ini Boleh Diambil Dengan Percuma

121
KONGSIAN

Menginap di sesebuah hotel adalah salah satu perkara yang menyeronokkan. Kebanyakkan daripada kita merasa teruja untuk melihat keadaan hotel yang bakal didiami.

Antara perkara yang diambil kira adalah reka bentuk yang cantik serta pemandangan yang indah sebagai salah satu aspek untuk menginap di hotel. Disamping kos yang yang berbaloi, banyak perkara yang boleh kita dapatkan secara percuma di hotel. Tetapi perlu diingat, sebagai pengguna, jangan malu untuk bertanya dengan pihak hotel.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda dapatkan secara percuma di hotel menurut journohq.

Sabun Tambahan

Terdapat banyak peralatan mandian percuma yang boleh digunakan semasa menginap di hotel, tetapi apa yang tidak diketahui adalah dengan meminta sabun tambahan. Untuk anda yang merancang untuk perjalanan yang seterusnya, lebihan daripada sabun ini boleh dibawa pulang sabun semasa meninggalkan hotel.

Topi Mandi

Samada anda suka memakai topi mandi ketika mandi ataupun tidak, percayalah topi mandi ini boleh digunakan dalam pelbagai cara. Selain dapat memastikan rambut anda kekal seperti sebelum mandi, topi mandi juga boleh digunakan untuk mengemas barang keperluan anda. Gunakan topi mandi sebagai penutup untuk kasut dan sebagai pembalut baju basahan anda. Satu idea yang bernas bukan?

Notepad Dan Pen

Biasanya notepad dan pen ditinggalkan di dalam bilik untuk digunakan semasa anda berada di hotel. Pihak hotel akan meletakkan diatas meja untuk digunakan sebagai catatan maklum balas dan kegunaan pengguna. Kebiasanya notepad dan pen ini diletakkan dengan logo atau nama hotel sebagai salah satu tujuan promosi. Seperti yang dinyatakan melalui laman journohq, pihak hotel mungkin mempunyai lebihan yang disimpan. Jadi gunakannya!

Pisau Cukur

Pisau cukur adalah perkara terakhir yang akan difikirkan ketika pembungkusan bagasi. Sekiranya anda terlupa dan ingin sentiasa tampil kemas, tanyakan pihak hotel untuk mendapatkan pisau cukur. Sesetengah hotel ada menyediakan pisau cukur secara percuma!

Peta, Petua Dan Tip

Menurut journohq, kakitangan hotel dilatih untuk mengetahui tentang kawasan sekitar hotel dan kakitangan hotel adalah golongan yang sudah arif di sekitar bandar yang sedang anda diami. Cara terbaik untuk mendapatkan maklumat sekitar adalah bertanyakan petua dan tip-tip yang mungkin berguna. Jangan takut untuk meminta bantuan daripada mereka.

Jadi sekiranya anda merancang untuk trip yang seterusnya, barang keperluan penginapan yang anda sedang diami sekarang ini boleh dijadikan persediaan untuk yang akan datang. Bijak!

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN