Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

LEGOLAND® Malaysia Cetus “Nostalgia Raya” Dengan Aktiviti Yang Best Untuk Si Cilik!

by Soph Azz
April 25, 2024
Foto - Legoland Malaysia

Foto - Legoland Malaysia

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Khasnya untuk musim raya tahun ini, Miss Murai menjemput kamu sekeluarga untuk bersama-sama meraikan “Nostalgia Raya” di LEGOLAND® Malaysia.

Untuk menghayati kenangan indah tentang kehidupan kampung dengan lebih mendalam, kawasan permulaan taman tema telah diubah menjadi kawasan sambutan warisan Malaysia yang sangat meriah.

Mengambil inspirasi kempen “Play Unstoppable”, para pengunjung diajak untuk mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti. Antaranya adalah permainan kampung klasik, tarikan baru yang menarik dan menonton tayangan perdana filem LEGO® Friends 4D “Alien Invasion” yang pertama di dunia.

1. Pengalaman “Nostalgia Raya”

Melangkah masuk ke kawasan permulaan taman tema ini, kamu akan melihat gerbang besar yang membawa kamu ke Halaman Desa iaitu ruang yang diilhamkan oleh kampung tradisional.

View this post on Instagram

A post shared by LEGOLAND Malaysia Official (@legolandmalaysia)

Jangan lupa untuk bergaya dalam persalinan baju raya kamu dan bergambar di sebelah beca yang berwarna-warni.

Foto – Legoland Malaysia

Di ruangan ini juga, kamu juga boleh bermain beberapa permainan tradisional seperti carrom, congkak atau batu seremban di Anjung Seri. Psst… Jangan lepaskan peluang untuk lihat Ollie the Dragon yang berpakaian baju raya sepanjang perayaan ini!

2. Play Unstoppable: Cabaran Kreatif & Photo Ops

Kempen global “Play Unstoppable” LEGO® memberi inspirasi kepada kanak-kanak; terutamanya kanak-kanak perempuan untuk memecah halangan dan membina dengan yakin.

Foto – Legoland Malaysia

Di tarikan “Rebuild The World”, cabar diri anak-anak kamu menerusi Cabaran Main Kreatif  di mana mereka mencipta lego mengikut minat mereka dan menyumbang kepada pameran LEGO® yang meriah. Kemudian, si cilik juga boleh mencuba beberapa permainan tradisional yang menyeronokkan. Psst… Tersedia dan sesuai untuk kanak-kanak semua peringkat  umur.

Tak dilupakan, abdikan detik-detik istimewa kamu sekeluarga dengan peluang bergambar yang bertemakan raya di seluruh taman tema.

3. Tayangan Perdana Pertama Di Dunia 

Foto – Legoland Malaysia

Istimewanya untuk perayaan kali ini. pengunjung akan disajikan dengan tayangan perdana filem LEGO® Friends 4D “Alien Invasion” yang pertama di dunia. Nikmati pengalaman menonton filem 4D yang mengasyikkan di mana kamu dapat rasai watak-watak tersebut seperti “hidup” di dunia yang nyata!

4. Teroka Aktiviti Menarik Sepanjang Raya 

Bukan itu sahaja, sebelum meninggalkan LEGOLAND® Malaysia, pastikan kamu teroka beberapa aktiviti menarik yang disediakan seperti:

Foto – Legoland Malaysia
  • Ambil bahagian dalam Amazing Raya Hunt, di mana kamu perlu mencari dan tahu berapa bilangan ketupat yang tersembunyi di MINILAND Amazing Malaysia dan Kluster Kampung.
  • Bina Tanglung Raya LEGO® dan libatkan diri dalam bengkel kebudayaan seperti lukisan batik dan tenunan ketupat (pada hujung minggu sahaja).
  • Nikmati persembahan tarian yang meriah dan persembahan muzikal “Joged Uda & Dara”.
Foto – Legoland Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai “Nostalgia Raya” di LEGOLAND® Malaysia, jangan lupa untuk layari [WEB], [FB] dan [IG] mereka.

“Nostalgia Raya” LEGOLAND® Malaysia berlangsung sehingga 12 Mei 2024 sahaja. Enjoy dan Selamat Hari Raya!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
legolandLegoland Malaysialegoland nostalgia raya
https://lomp.at/k1089
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem