Friday, May 27, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Piobbico Ibu kota Orang Hodoh Yang Meraikan “Keburukan” Rakyat

by Aphit J.
March 8, 2020
Piobbico Ibu kota Orang Hodoh Yang Meraikan “Keburukan” Rakyat

Kota Piabicco via flickr

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Terletak diantara lembah Pergunungan Apennine dan Laut Adriatik di tengah Itali, Piobbico adalah sebuah bandar zaman pertengahan yang penuh dengan bangunan batu besar dan dikelilingi oleh hutan subur. Walaupun ibu kota ini nampak cantik dan sempurna, tetapi Piobbico terkenal dengan “keburukan” rakyatnya.

Meraikan “Keburukan” Selama 140 Tahun Yang Lalu

Via valmisa

Sejak tahun 1879, bandar yang berpenduduk seramai hanya 2 ribu orang ini adalah tempat tinggal kepada Club dei Brutti (Kelab Hodoh) yang anggotanya percaya bahawa “seseorang itu adalah siapa diri mereka dan bukan apa yang dilihat”.

Menurut BBC Travel, sehingga kini seramai 30 ribu orang merangkumi 25 negara seluruh dunia telah mendaftar sebagai “Persatuan Dunia Orang Hodoh”.

Club dei Brutti Mementingkan Kecantikan Dalaman

Via pu24.it

Pada asalnya, Club dei Brutti ditubuhkan bertujuan sebagai perkhidmatan menemukan jodoh untuk wanita bujang. Apabila kelab ini berkembang, penduduk tempatan mengubah tujuan asal kelab ini dengan mengingatkan kepada masyarakat bahawa kecantikan dalaman lebih penting daripada penampilan fizikal.

Pada 2007, sebagai penghargaan kepada penduduk di situ, Piobbico telah membina patung yang didedikasikan kepada orang-orang hodoh di bandar itu.

IKLAN

Pemarkahan “Keburukan” Sehingga Tahap “Hodoh Luar Biasa”

Kota Piabicco via flickr

Untuk menjadi ahli persatuan, ahli kelab yang berpengalaman bertanggungjawab untuk menilai dan mengukur tahap “keburukan” ahli ahli baru. Mereka yang berpotensi akan diberikan markah daripada “keburukan yang tidak dapat dikesan” kepada “hodoh luar biasa”.

Walau bagaimanapun, ahli kumpulan itu tidak semestinya hodoh kerana kelab ini lebih tertumpu kepada meraikan kecantikan dalaman tanpa memikirkan apa yang akan dikatakan orang lain.

Satu Dunia Berkumpul Memilih Ketua Kelab Hodoh

Pada Ahad pertama di bulan September, orang ramai berkumpul dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam Festival Hodoh Tahunan Piobbico. Memetik BBC Travel, pada hari tersebut, setiap ahli akan memilih ketua kelab, mendaftar ahli baru dan memakan pasta dan truffles tempatan.

Jadi negara yang meletakkan begitu banyak penekanan kepada public figure harus mencontohi negara di Itali ini dengan membuktikan bahawa menjadi diri sendiri lebih baik dan ini adalah definisi cantik yang sebenarnya. Embrace yourself!

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Share10Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

‘Macam Tak Percaya Dah Jadi ‘Ghostown’- Keadaan Terkini MAPS Perak Benar-benar Menakutkan
Jalan-Jalan

‘Macam Tak Percaya Dah Jadi ‘Ghostown’- Keadaan Terkini MAPS Perak Benar-benar Menakutkan

by Phic Arman
May 17, 2022

Di tengah-tengah kesesakan bandar Ipoh, terdapat sebuah taman tema yang kini tidak ubah seperti bandar hantu atau 'ghost town'. Sunyi,...

Read more
Menarik! Ini Seleksi Makanan Terbaik Di Sepang Yang Perlu Anda Cuba!
Jalan-Jalan

Menarik! Ini Seleksi Makanan Terbaik Di Sepang Yang Perlu Anda Cuba!

by Aphit J.
May 14, 2022

Sudah tentu Selangor telah menjadi destinasi pelancongan yang terkenal dengan bakat kulinarinya, memberikan tetamu pengalaman gastronomi yang tidak dapat dilupakan!...

Read more
ESCAPE Penang Sekali Lagi Pecah Rekod Dunia Dengan “Zip Coaster” Terpanjang
Jalan-Jalan

ESCAPE Penang Sekali Lagi Pecah Rekod Dunia Dengan “Zip Coaster” Terpanjang

by Phic Arman
May 14, 2022

ESCAPE Penang, sekali lagi melakar sejarah dengan pembukaan secara rasmi 'Zip Coaster' terpanjang di dunia, iaitu sepanjang 1.1 kilometer dan...

Read more
Menarik! Ini 7 Penginapan Airbnb Yang Menakjubkan Untuk Meraikan Aidilfitri
Jalan-Jalan

Menarik! Ini 7 Penginapan Airbnb Yang Menakjubkan Untuk Meraikan Aidilfitri

by Naddy Joe
May 3, 2022

Kemeriahan balik kampung sudah mula terasa dengan persiapan Raya yang sedang giat dibuat! Rakyat Malaysia di seluruh negara begitu teruja...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    ‘Lebih Kurang Sama Dengan Gambar Yang Tengah Viral” – Netizen Samakan Sambutan Hari Lahir Anak Jep Dengan Menteri

  3. 3

    Oksana Voevodina Tetap Yakin Anak Lelakinya Ismail Leon Berdarah Campuran Malaysia, Ini Buktinya!

  4. 4

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  5. 5

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera