• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Google Malaysia Senaraikan 5 Wanita Yang Beri Inspirasi Di YouTube

by Khai Azfar
March 9, 2020
90
KONGSIAN
Share on Facebook

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita sedunia pada 8 Mac ,Google Malaysia telah menyenaraikan 5 orang wanita yang memberikan inspirasi buat orang ramai khususnya wanita diluar sana menerusi perkongsian mereka di laman YouTube.

Kelima-lima wanita ini telah disenarai atas kejayaan dan pengaruh mereka dalam bidang masing-masing. Berikut adalah 5 wanita pilihan Google Malaysia!

5 Wanita Yang Beri Inspirasi Di YouTube

Vivy Yusof

Nama Datin Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof sememangnya mempunyai pengaruhnya tersendiri.Buktinya hasil titik peluhnya menerusi FashionValet dan The dUCk Group bersama suami tercinta, Dato’Fadzaruddin Shah Anuar sentiasa membuahkan hasil.

YouTube video

Selain bergelar usahawan, isteri dan juga ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga sentiasa berkongsi kisah rutin hariannya di rumah mahupun di pejabat menerusi laman YouTube miliknya. Maka tidak hairanlah akaun YouTube nya merupakan salah satu akaun ‘VLOG’ yang mendapat tontotan paling banyak di platform itu.

Nisa Kay

Jika anda seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia gajet, pastinya sudah sinonim dengan wajah Nisa Kay yang menghiasi laman YouTube portal gajet Bahasa Melayu popular Malaysia, Amanz. Menerusi segmen ‘Mingguan Amanz’, Nisa atau nama sebenarnya Khairunnisa’ Mohd Amin juga mempunyai pengikutnya tersendiri apatah lagi turut dikenali dengan trademark ‘Yosh!”

YouTube video

Sebagai info, Nisa juga merupakan salah seorang pengacara di beberapa buah rancangan di kaca televisyen. Terdahulu, wanita ini sudah sedia mempunyai pengaruhnya di laman Blog dan YouTube apabila seringkali menjadi rujukan buat remaja-remaja diluar sana mengenai tips kecantikan dan juga ulasan-ulasan mengenai gaya hidup.

Xandra Ooi

Selain menjadi pengarang kepada naskhah ‘Be Happy, Always – Simple Practices for Overcoming Life’s Challenges and Living Each Day with Joy’, Xandra Ooi yang juga merupakan penyampai radio dan televisyen sering kali berkongsi kebahagiaannya dengan turut membantu orang lain mencapai keinginan mereka dalam mencari ketenangan.

YouTube video

Menerusi salurannya di laman YouTube, Xandra memberikan pelbagai panduan nasihat seperti ‘3 Simple Practices To Be A Highly Confident Person’ dan ‘3 Simple Ways To Let Go Of Anger’ yang mana telah membantu penonton setianya berjuang mengatasi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka.

KetoJules

Nak kekal ideal? Mungkin anda boleh ikuti perkembangan KetoJules yang sememangnya pakar dalam pengurusan diet keto. Wanita ini sememangnya jurulatih pengurusan keto yang diiktiraf dalam misi mendidik rakyat Malaysia untuk tampil sihat menerusi diet keto. Dalam akaun YouTube, tersimpan pelbagai resipi untuk mereka yang menginginkan ‘diet plans’ termasuklah daging masak hitam in her own way!

YouTube video

AmyXGamerz

Ketika ‘dunia gaming’ sememangnya didominasi oleh kaum lelaki, bagi Amy Quah dia membuktikan sebaliknya dan perlahan-lahan menjadikan wanita turut mampu bersaing sama seperti mereka. percaya atau tidak, dalam akaun YouTube nya Amy telah berkongsi pelbagai tips permainan dan memuatnaiknya hampir setiap hari!

YouTube video

Dengan komitmen yang sedemikian ramai yang begitu kagum dengan usahanya malah menjadikan akaun AmyXGamerz sebagai panduan buat mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia permainan secara maya.

biodata vivy yusofvivy yusof
https://lomp.at/o9f5h
Share88Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
HotList

Selain Datin Nina Jureen, 5 Selebriti Ini Sebenarnya Kerabat Diraja

by Khai Azfar
August 18, 2017

Lazimnya kita mendengar selebriti dikaitkan dengan kerabat diraja tertentu. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa selebriti tanah air yang sememangnya...

Read moreDetails
HotList

5 Artis Malaysia Berpakaian Seksi Yang Tular di Tahun 2018

by Zaidin Albert
December 24, 2018

Tak terasa ya, pada ketika ini kita sudah memasuki akhir tahun 2018, bila diimbas kembali, berbagai hal yang berhubungan dengan...

Read moreDetails
HotList

Wajah Tak Macam Dulu, 6 Aktres Ini Pernah Dituduh Buat Pembedahan

by Zaidin Albert
September 12, 2017

Pembedahan plastik bukan sesuatu yang baru bagi para selebriti. Dari mengubah bibir, dagu, hingga hidung, tentunya anda sering mendengar berita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore