Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

Google Malaysia Senaraikan 5 Wanita Yang Beri Inspirasi Di YouTube

by Khai Azfar
March 9, 2020
162
KONGSIAN
Share on Facebook

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita sedunia pada 8 Mac ,Google Malaysia telah menyenaraikan 5 orang wanita yang memberikan inspirasi buat orang ramai khususnya wanita diluar sana menerusi perkongsian mereka di laman YouTube.

Kelima-lima wanita ini telah disenarai atas kejayaan dan pengaruh mereka dalam bidang masing-masing. Berikut adalah 5 wanita pilihan Google Malaysia!

5 Wanita Yang Beri Inspirasi Di YouTube

Vivy Yusof

Nama Datin Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof sememangnya mempunyai pengaruhnya tersendiri.Buktinya hasil titik peluhnya menerusi FashionValet dan The dUCk Group bersama suami tercinta, Dato’Fadzaruddin Shah Anuar sentiasa membuahkan hasil.

YouTube video

Selain bergelar usahawan, isteri dan juga ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga sentiasa berkongsi kisah rutin hariannya di rumah mahupun di pejabat menerusi laman YouTube miliknya. Maka tidak hairanlah akaun YouTube nya merupakan salah satu akaun ‘VLOG’ yang mendapat tontotan paling banyak di platform itu.

Nisa Kay

Jika anda seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia gajet, pastinya sudah sinonim dengan wajah Nisa Kay yang menghiasi laman YouTube portal gajet Bahasa Melayu popular Malaysia, Amanz. Menerusi segmen ‘Mingguan Amanz’, Nisa atau nama sebenarnya Khairunnisa’ Mohd Amin juga mempunyai pengikutnya tersendiri apatah lagi turut dikenali dengan trademark ‘Yosh!”

YouTube video

Sebagai info, Nisa juga merupakan salah seorang pengacara di beberapa buah rancangan di kaca televisyen. Terdahulu, wanita ini sudah sedia mempunyai pengaruhnya di laman Blog dan YouTube apabila seringkali menjadi rujukan buat remaja-remaja diluar sana mengenai tips kecantikan dan juga ulasan-ulasan mengenai gaya hidup.

Xandra Ooi

Selain menjadi pengarang kepada naskhah ‘Be Happy, Always – Simple Practices for Overcoming Life’s Challenges and Living Each Day with Joy’, Xandra Ooi yang juga merupakan penyampai radio dan televisyen sering kali berkongsi kebahagiaannya dengan turut membantu orang lain mencapai keinginan mereka dalam mencari ketenangan.

Mungkin Ada Yang Tidak Tahu, Ini Adalah 6 Wanita Paling Berpengaruh di Malaysia

YouTube video

Menerusi salurannya di laman YouTube, Xandra memberikan pelbagai panduan nasihat seperti ‘3 Simple Practices To Be A Highly Confident Person’ dan ‘3 Simple Ways To Let Go Of Anger’ yang mana telah membantu penonton setianya berjuang mengatasi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka.

KetoJules

Nak kekal ideal? Mungkin anda boleh ikuti perkembangan KetoJules yang sememangnya pakar dalam pengurusan diet keto. Wanita ini sememangnya jurulatih pengurusan keto yang diiktiraf dalam misi mendidik rakyat Malaysia untuk tampil sihat menerusi diet keto. Dalam akaun YouTube, tersimpan pelbagai resipi untuk mereka yang menginginkan ‘diet plans’ termasuklah daging masak hitam in her own way!

YouTube video

AmyXGamerz

Ketika ‘dunia gaming’ sememangnya didominasi oleh kaum lelaki, bagi Amy Quah dia membuktikan sebaliknya dan perlahan-lahan menjadikan wanita turut mampu bersaing sama seperti mereka. percaya atau tidak, dalam akaun YouTube nya Amy telah berkongsi pelbagai tips permainan dan memuatnaiknya hampir setiap hari!

YouTube video

Dengan komitmen yang sedemikian ramai yang begitu kagum dengan usahanya malah menjadikan akaun AmyXGamerz sebagai panduan buat mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia permainan secara maya.

biodata vivy yusofvivy yusof
https://lomp.at/o9f5h
Share116Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] “Ini Datin Seri, Bukan Mak Cik!” – Aliff Syukri Hadiahkan Barang Kemas RM1.5 Juta Ke Isteri

by Arsiqin Yusof
April 23, 2025

Usahawan dan selebriti sensasi, Dato' Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menghadiahkan isterinya, Datin Seri Shahida barangan kemas bernilai...

Read more
HotList

Penuh Warna Warni! The Cofee Bean & Tea Leaf X Tokidoki Perkenal Koleksi ‘Merchandise’ Baharu

The Coffee Bean & Tea Leaf™, pakar kopi dan teh yang terkemuka di dunia, melancarkan koleksi barangan baharu dengan kerjasama...

Read more
by Naddy Joe
January 24, 2024
HotList

Alhamdulilah… 5 Artis Ini Pilih Untuk Bertudung Pada Tahun 2022

Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya, pebagai cerita pahit dan manis yang berlaku dalam kalangan anak seni sepanjang tahun ini. Antaranya...

Read more
by Rory Kim
December 27, 2022
HotList

Jodoh Tak Panjang… 5 Selebriti Ini Sah Bercerai Tahun 2022

Perceraian ialah perihal atau kejadian bercerai antara suami dan isteri. Perceraian bermaksud menamatkan hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami...

Read more
by Rory Kim
December 26, 2022
Filem

YOUTUBE Senaraikan 10 ‘Content Creater’ Paling Popular di Malaysia 2022

YouTube kekal sebagai peneman tetap kepada jutaan orang yang menavigasi keadaan kian berubah pada tahun 2022 di mana para penonton...

Read more
by Phic ARMAN
December 23, 2022
HotList

Top 5 Pelakon Korea Paling ‘Meletup’ Di Netflix Tahun 2022

Penutup tahun 2022 tidak lama lagi, terdapat pelbagai drama dan filem sudah pun menemui penonton dipelbagai platform digital terutama kdrama...

Read more
by Haz Haan
December 23, 2022
HotList

5 Tempat Melihat ‘View Sunset’ Terpaling Cantik Di Sekitar Kuala Lumpur

Matahari terbenam adalah fenomena alam semula jadi yang berlaku setiap hari dari kira-kira 7:00 hingga 7:30 p.m dan juga salah...

Read more
by Haz Haan
November 18, 2022
HotList

5 Selebriti Popular Ini Terima Kehadiran ‘Orang Baharu’ Dalam Keluarga Pada 22.2.22

22 Februari 2022 (22.2.22) merupakan tarikh yang cukup unik pada tahun ini apabila ia dikatakan hanya akan muncul seterusnya pada...

Read more
by Khai Azfar
February 23, 2022
HotList

Tak Sangka! 5 Artis Indonesia Ini Pernah Beribadat Di Gereja Ketika Masih Beragama Islam

Siapa sangka beberapa artis ini membuat pengakuan pernah memasuki gereja sewaktu masih beragama Islam. Anda ingin tahu siapakah artis yang...

Read more
by Naddy Joe
January 6, 2022
HotList

Ada ‘Orang Baru’! 10 Selebriti Yang Timang Cahaya Mata Pada 2021

Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya. Pada tahun ini, ramai selebriti yang mendapat khabar gembira kerana menyambut kehadiran orang baru dalam...

Read more
by Naddy Joe
December 31, 2021
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem