Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Siapakah Wanie Mohtar Yang Menang ‘Best National Costume’ Di Miss International Queen 2020?

by Zaidin Albert
March 8, 2020
42
KONGSIAN
Share on Facebook

Miss International Queen 2020 atau Ratu Cantik Transgender Antarabangsa 2020 baru saja berlangsung di Thailand. Dari Malaysia, diwakili oleh Wanie Mohtar. Kali ini beliau memenangi anugerah sebagai Kostum Nasional Terbaik atau Best National Costume dari acara kecantikan untuk orang transgender.

View this post on Instagram

A post shared by Miss International Queen (@missinternationalqueen)

Mayang Aheha of Baja Borneo

Wanie Mohtar mengenakan kostum dengan nama Mayang Aheha of Baja Borneo. Menurut Wanie, kostum ini mewakili budaya puak Bajau purba dari Sabah. Warna biru dan emas Diraja mewakili kekayaan dari laut kerana puak ini terkenal dengan kehebatan memancing mereka. Bentuk bahu mewakili kapal nelayan dan helang di kepalanya adalah simbol tarian Igal-Igal dari puak pribumi.

Siapakah Wanie Mohtar

Dipetik dari ipageantnews, Wanie Mohtar dilahirkan di Sabah yang berusia 26 tahun. Wanie Mohtar yang merupakan seorang model, pengasas kepada fesyen jenamanya sendiri serta menjalankan perniagaan lain secara kecil-kecilan. Setelah tamat zaman persekolahan, Wanie merantau ke ibu kota Kuala Lumpur untuk mencari pengalaman dan memperkembangkan lagi perniagaannya.

Dalam kenyataannya sebelum ini di ipageantnews,  Wanie pernah berkongsi pengalaman dimana dia pernah di diskriminasi, malah ada yang menggunakan agama untuk mengutuk, sedangkan menurut Wanie agama itu mengajar penganutnya untuk memimpin, mendidik dan menyebarkan kasih sayang tapi tidak sebaliknya dimana mereka menjadikan ia sebagai senjata untuk mencaci kerana identiti gendernya.

Miss Mexico telah dinobatkan sebagai Miss International Queen 2020

View this post on Instagram

A post shared by Miss International Queen (@missinternationalqueen)

Miss Mexico, Valentina Fluchaire telah dinobatkan sebagai Miss International Queen 2020 dalam pertandingan kecantikan transgender di Pattaya, Thailand. Mengejutkan apabila, artis kontroversi Gebby Vesta yang mewakili Indonesia memenangi gelaran sebagai Miss Congeniality.

Pertandingan Miss International Queen 2020 disertai oleh kira-kira 20 negara. Seperti pemilihan ratu yang lain di Miss Universe, Miss Queen International juga mempunyai pemilihan yang sangat ketat, para finalis dinilai dari pelbagai aspek, yang bertujuan untuk orang-orang transgender di seluruh dunia. Acara ini mirip dengan Miss Universe, hanya pesertanya terdiri darpada golongan transgender.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Best National Costume' Di Miss International Queen 2020Miss International Queen 2020Miss MexicoSiapakah Wanie MohtarValentina FluchaireWanie Mohtar
Share35Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara