Pesawat adalah kenderaan yang membawa beribu ribu orang samada dalam dan luar negara. Dengan keadaan tahap kesihatan yang kurang baik sekarang seperti COVID-19, sudah tiba masanya kita belajar bertanggungjawab menjaga kebersihan diri untuk memastikan diri kita dan orang lain selamat.

Baru-baru ini menerusi laman asiaone, seorang pramugara Air Asia, Amirchewill di laman Instagramnya berkongsi dengan orang ramai beberapa tip berguna menggunakan tandas pesawat yang betul termasuklah etiket tandas.

IKLAN

1Mengetahui Fungsi Asas Di Dalam Tandas

via Amirchewill

Perkongsian di Instagram Story bermula dengan pengenalan kemudahan asas didalam tandas seperti tisu tandas, butang panggilan kecemasan dan tong sampah.

2Gunakan Tisu Tandas Untuk Membersihkan Penutup Tong Sampah

via Amirchewill

Perkongsian seterusnya menunjukkan lambakan tisu yang digunakan di atas penutup tong sampah. Agak memalukan sekiranya anda merupakan salah sorang daripada mereka yang melakukan perkara ini kerana apa yang dikongsikan oleh Amir, tindakan ini akan menyebabkan pengguna yang seterusnya akan melakukan perkara yang sama dan akan mengakibatkn lambakan tisu pada penutup tong sampah.

Jadi untuk membuang lambakan tisu adalah dengan menggunakan beberapa helai tisu, lap bahagian penutup tong sampah sebelum membuang kesemua lambakan tisu ke dalam tong sampah. Jangan lupa untuk menggunakan pembersih tangan selepas keluar dari tandas.

3Elak Muntah Di Singki

via Amirchewill

Satu lagi tip dari Amir, selain untuk menunaikan “hajat” kecil atau besar, gunakan mangkuk tandas untuk anda muntah. Jangan muntah di dalam singki mahupun di atas lantai kerana singki berfungsi untuk membasuh tangan bukan untuk muntah anda.

4Menekan Butang Flush Menggunakan Tisu Tandas

via Amirchewill

Jangan tunggu dan biarkan orang lain yang tolong flush untuk anda. Sekiranya anda takut untuk tangan anda kotor, gunakan tisu tandas yang dibalut di jari untuk menekan butang flush.

5Tukar Lampin Bayi Menggunakan Changing Table

via Amirchewill

Munurut asiaone, elakkan menggunakan tray table untuk menukar lampin bayi. Malah anda boleh menggunakan changing table yang tersedia di dalam tandas pesawat. Bagi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan dan tandas menjadi kotor dengan lampin bayi, anda boleh meminta beg plastik tambahan daripada kru penerbangan yang bertugas dan membungkusnya terlebih dahulu seblum membuangnya di dalam tong sampah.

6Meminta Mangkuk Tambahan Untuk “Mencuci”

via Amirchewill

Jika anda ingin menggunakan bidet, satu lagi tip yang menarik yang tidak pernah terfikir sebelum ini adalah meminta mangkuk tambahan dari kru penerbangan. Alternatif lain, anda boleh basahkan tisu tandas dengan menggunakan pili air di singki.

7Dapatkan Penyegar Udara Dari Kru Penerbangan

Sekiranya tandas terlalu berbau, jangan malu untuk meminta pertolongan dari kru penerbangan untuk menyembur penyegar udara selepas anda menggunakan tandas dan jika anda mahukan lebih keselesaan, Amir mencadangkan untuk anda menyelesaikanya di tandas lapangan terbang sahaja.

Perlu diingat, kemudahan yang disediakan di dalam pesawat adalah untuk kegunaan bersama. Dengan menggunakanya secara berhemah, ini dapat menjaga kemudahan tersebut supaya dapat digunakan lebih lama lagi.