Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Faizal Tahir Akui Tenang ‘Hiatus’ Daripada Media Sosial

by Khai Azfar
March 14, 2020
Share on Facebook

Seperti yang sedia maklum, sebelum ini penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir, 42 telah mengambil keputusan untuk berehat seketika (hiatus) daripada media sosial.

Lebih Tenang 

Menurut Faizal, sepanjang empat bulan tanpa sebarang penggunaan media sosial, dia akui dirinya berasa lebih tenang dan merupakan satu pengalaman yang terbaik buatnya. Kongsi Faizal, ketika itu antara rutin hariannya adalah lebih kepada pengurusan diri serta keluarga dan hanya akan memegang telefon bimbit setelah segala-galanya selesai.

“Hati saya lebih menjadi tenang. Ianya ibarat kita sudah lama tak mandi dan secara tiba-tiba dapat mandi. Begitulah perasan saya dan ianya merupakanan satu pengalaman terbaik buat saya.

“Sepanjang empat bulan berehat sehingga kini, saya hanya bangun solat Subuh dan selepas anak-anak ke sekolah, barulah saya pegang telefon,”

Biarpun menyarankan orang ramai untuk tampil berbuat demikian, Faizal tidak menolak bahawa media sosial mempunyai kepentingannya tersendiri apatah lagi dalam menyampaikan sesuatu informasi. Namun, nasihat pelantun Ragaman ini biarlah ianya digunakan secara berkala.

Kerjasama Bersama JOOX 

Dalam perkembangan lain, Faizal ketika ditemui Murai.my di majlis pelancaran Joox Originals yang berlangsung di Nicsman, The Starling Mall, Damansara Utama pada petang Rabu mengumumkan kerjasama nya dengan beberapa komposer serta penyanyi tempatan dalam menghasilkan 10 naskhah terbaru.

https://www.instagram.com/p/B9oSJyrJN1a/

Menerusi kerjasama tersebut, Dayang Nurfaizah, Sophia Liana dan duo FML merupakan tiga penyanyi peringkat pertama dalam projek ‘crossover’ bersama JOOX Originals yang mana Faizal bertindak sebagai ‘Super Producer’.

View this post on Instagram

A post shared by JOOX Malaysia (@joox_my)

Kesemua 10 buah lagu termasuk tiga buah lagu yang didendangkan oleh penyanyi-penyanyi ini merupakan projek eksklusif Faizal bersama pelantar muzik pengstriman atas talian itu yang hanya boleh didengar dalam JOOX bermula hari ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
faizal tahir
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara