Penamaan adalah satu pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai “benefisiari” atau bertindak sebagai wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.

Tujuan penamaan dibuat ialah untuk membolehkan pihak KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir simpanan itu dengan segera tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. 

Surat Kuasa Mentadbir atau Akuan akan dikeluarkan apabila seseorang itu meninggal dunia tanpa wasiat. Di Malaysia, terdapat 3 institusi yang mempunyai kuasa mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir iaitu Mahkamah Tinggi Sivil, AmanahRaya dan Unit Pebahagian Pusaka Kecil.

IKLAN

AmanahRaya mengeluarkan surat kuasa dalam bentuk akuan atau arahan seperti yang dilindungi oleh Akta Perbadanan AmanahRaya 1955. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci sila rujuk AmanahRaya

youtube

Kelayakan membuat Penamaan

  • Ahli yang berumur 18 tahun dan keatas
  • Warganegara Malaysia
  • Bukan Warganergara yang berdaftar sebelum 1 Ogos 1998
  • Penduduk Tetap

Penamaan boleh dibuat kepada mana-mana ‘orang sebenar’ sebagai penama/pentadbir. ‘Orang sebenar’ adalah merujuk kepada individu dan bukannya nama organisasi, pertubuhan, persatuan, badan kebajikan dan sebagainya.

Penamaan ini penting bagi memendekkan proses pengeluaran, mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah dan memastikan waris mewarisi simpanan kita.

keluarga

Bagi ahli yang beragama Islam, peranan penama adalah sebagai wasi/pentadbir yang bertanggungjawab untuk simpanan simati bukan sebagai pemilik mutlak. Penama/Penerima perlu melengkapkan borang “Perakuan Tanggungjawab” semasa memohon pengeluaran kematian.

Ini bertujuan untuk megingatkan penama tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk mengagihkan simpanan simati kepada waris yang berhak mengikut Undang-Undang Islam.

Penamaaan TERHENTI sekiranya penama tidak membuat permohonan pengeluaran dalam tempoh 1 tahun daripada tarikh kematian ahli. Bahagian penamaan tersebut dianggap tiada penamaan dan akan diproses mengikut prosedur Pengeluaran Kematian Tanpa Penamaan. 

Ahli boleh melantik pentadbir/wasi dibawah umur 18 tahun (Penama Kecil) seperti amalan semasa. Sekiranya penama masih dibawah umur ketika permohonan pengeluaran kematian dibuat, maka penamaan untuk bahagian penama kecil tersebut akan terbatal. Waris simati boleh memohon bahagian yang terbatal tersebut, dimana permohonan akan diproses mengikut prosedur Pengeluaran Kematian Tanpa Penamaan. 

Bagi ahli Bukan Beragam Islam, Ahli boleh melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai Pemegang Amanah kepada penama kecil mereka (Bahagian Penama Kecil sahaja) dan berkuatkuasa semasa Pengeluaran Kematian dibuat.

Kategori penama/pentadbir diperluaskan kepada “institusi” iaitu Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama/pentadbir selain daripada ‘orang sebenar’ (100%). Ahli boleh memilih untuk menamakan institusi ARB sebagai penama/pentadbir untuk menguruskan simpanan KWSP selepas kematian.

Ahli perlu mengemukakan salinan pengenalan diri semua penama semasa membuat penamaan bertujuan untuk membolehkan pihak KWSP membuat pengesahan butiran diri penama. Ini kerana, pendaftaran penamaan selepas ini tidak lagi memerlukan saksi.

Buat perancangan awal dengan membuat penamaan anda bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan waris mendapat jaminan kewangan selepas ahli meninggal dunia. (Rujukan penamaan)

IKLAN