Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

“Baju Melayu Jarang, Nampak Puting”- Ini Penjelasan Sebenar Pereka Fesyen

by Khai Azfar
March 16, 2020
194
KONGSIAN
Share on Facebook

Di laman Instagram jenama fesyen Afeer Kuala Lumpur, rata-rata netizen menghentam posting yang tular milik akaun tersebut selepas memperlihatkan seorang model memakai sepasang baju Melayu yang berkain jarang sehingga menampakkan beberapa bahagian anggota badan sekaligus mencetuskan kontroversi.

Tak Menjaga Sensitiviti

Rata-rata menyifatkan pereka baju melayu tersebut tidak menjaga sensitiviti masyarakat selain cuba menjatuhkan martabat dan budaya asli Melayu. Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu itu, pereka fesyen Firdaus Abd Razak atau lebih dikenai sebafai Afeer berkata baju Melayu yang diperagakan model tersebut bukanlah untuk dijual untuk pasaran sebaliknya sekadar peragaan di atas pentas pertunjukkan koleksi-koleksi baju raya.

View this post on Instagram

A post shared by Afeer Kuala Lumpur Wedding (@afeer_kualalumpur)

Ingin Tunjukkan Kualiti 

Tambahnya lagi, baju Melayu itu sememangnya direka sedemikian kerana ingin menunjukkan kualiti jahitan dalaman pada pakaian mereka sebelum menunjukkan satu set baju Melayu yang berkain penuh.

“Sebenarnya Afeer sengaja buat baju jarang untuk menampakkan bahagian dalam. Iaitu untuk menampakkan jahitan baju tersebut. Dimana Afeer nak penonton melihat sendiri jahitan baju melayu tersebut.

Hal ini kerana di butik Afeer menerima tempahan jahitan baju, kami tak buat RTW atau konsep baju sedia ada, jadi Afeer perlu tunjukkan kualiti jahitan baju dari butik Afeer. Fashion Show yang kami buat pada hari tersebut hanya berskala kecil, dimana penonton dalam 100pax. Jadi penonton boleh lihat lebih dekat hasil jahitan tersebut”

Mengenai isu aurat pula, dia sememangnya sudah mengambil kira mengenai perihal tersebut dan telah memakaikan model itu sehelai sampin dari paras pusat hingga lutut sekaligus memelihara aurat si pemakai.

View this post on Instagram

A post shared by Mohd Firdaus Abd Razak (@afeer_razak)

“Afeer juga mengambil kira Aurat lelaki dimana kami telah memakaikan sampin dari paras pusat hingga lutut. Jadi tak menjadi masalah utk model menggayakan di fashion show tersebut. Aurat masih terpelihara.

Malah pada hari tersebut Afeer juga menyediakan model berbaju melayu lengkap. Iaitu baju yang siap dan menutup badan. Dimana penonton boleh lihat baju bahagian dalaman(model A) dan luaran(model b).Pada yang risau takut baju ni akan dikeluarkan, jangan risau. Baju ini hanya untuk diguna pada hari fashion show itu saja. Afeer tak buat bahagian atas lutut”

Di kesempatan itu, dia turut memohon maaf sekiranya pertunjukan fesyen itu mengguris hati banyak pihak dan berharap orang ramai sedia maklum mengenai penjelasannya berkenaan baju melayu tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
QHIAM Angkat Warisan Tradisi Malaysia
Afeer Kuala Lumpurbaju melayubaju melayu 2020baju melayu jarang
https://lomp.at/5i0f7
Share94Tweet42SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem