Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

COVID-19: Vivy Yusof Buat Kejutan Untuk Kakitangan Hospital Serdang

by Phic ARMAN
March 16, 2020
166
KONGSIAN
Share on Facebook

Senyuman terukir pada wajah salah seorang kakitangan dan sukarelawan di Hospital tatkala menerima kejutan yang tak dijangka oleh usahawan popular Datuk Fadza Anuar dan Datin Vivy Yusof.

Mana tidaknya, meraka dikejutkan dengan pemberian beberapa buah penghawa dingin mudah alih pihak Hospital Serdang yang memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Vivy di Instagram hari ini (16/3), dia berbesar hati untuk menyumbangkan penghawa dingin mudah alih tersebut kerana prihatin terhadap kerja keras kakitangan Hospital merawat pesakit positif COVID-19.

View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

“Setelah mengetahui tentang perkara-perkara menakjubkan yang dilakukan kakitangan hospital/ sukarelawan, Saya dan suami terpanggil untuk membuat sesuatu kepada mereka.”

“Saya berhubung dengan pihak hospital untuk bertanya peralatan yang mereka perlukan dan saya memutuskan untuk menyumbangkan beberapa penghawa dingin mudah alih untuk mereka, ikhlas dari FV (Fashion Valet).

Menurut Vivy, untuk permulaan, sumbangan ini diserahkan kepada Hospital Serdang dan akan menyusul ke Hospital-hospital yang lain.

“Ini dihantar ke Hospital Serdang, dan InsyaAllah akan disumbangkan ke hospital yang lain”.

Sebelum ini, tular luahan hati seorang kakitangan hospital yang dikenali dengan nama Yazrafiq Yazraik yang terpaksa menempuh pengalaman yang sukar dalam merawat pesakit COVID-19. Dalam tulisannya, dia berkongsi pengalaman memakai suit PPE cCvid sampai berjam-jam lamanya dan berpanasan setiap kali memakai suit tersebut.

Wabak Covid-19 telah pun mencatat angka kes tertinggi di Asia Tenggara dengan jumlah sebanyak 428 kes. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan kesihatan di hospital yang merawat pesakit Covid-19.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/c0387
Share70Tweet40SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem