Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Perintah Kawalan Pergerakan! Apa Nasib ‘Supermarket’ Yang Dah Licin? Ini Janji PM

by Phic ARMAN
March 17, 2020
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Akhirnya pada malam ini, Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman rasmi perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Ketika rakyat Malaysia menantikan pengumuman ini, dalam masa yang sama, ramai yang berpusu-pusu dan berebut-rebut mendapatkan bekalan makanan di pasaraya yang berdekatan.

Kebanyakkan pasaraya dipenuhi orang ramai kerana bimbang kekurangan bekalan makanan di rumah ketika perintah kawalan pergerakan berlangsung sehingga hujung bulan ni. Ramai yang menyangka perintah berkurung akan dilaksanakan atau lockdown.

Menurut tinjauan kami di sebuah pasaraya di Ara Damansara, kelihatan pelanggan masih beratur di kaunter pembayaran sehingga jam 10 malam.

Via Twitter Kyeong Hwan
Via Twitter Kyeong Hwan

Kebanyakkan rak barang keperluan licin dan habis dibeli termasuk beras, gula, barang basah dan minuman. Namun yang persoalan, adakah barang-barang keperluan ini tidak akan ditambah semula di setiap pasaraya?

Jangan risau, dalam ucapan sebentar tadi, Muhyiddin berkata memberi jaminan bahawa bekalan bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk penutup mulut dan hidung adalah mencukupi.

Via Bernama

“Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuat kuasa,” katanya.

Jadi kepada sesiapa yang tak sempat nak beli bekalan makanan 1 troli seperti yang berlaku pada hari ini, esok lusa pun boleh beli juga. Tak habis pun bekalan makanan tu!

Harus ingat, Kerajaan bukan melaksanakan perintah berkurung tetapi perintah kawalan pergerakan. Ada bezanya!

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang-barang keperluan harian masih boleh beroperasi seperti biasa.

Error happened.
Perintah Kawalan Pergerakan
https://lomp.at/92o5i
Share37Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara