Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

COVID 19: Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 Ditunda!

by Khai Azfar
March 17, 2020
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Susulan penularan pandemik COVID-19 yang semakin serius di seluruh dunia serta sejajar dengan pengumuman yang dibuat pihak kerajaan untuk menangguhkan sebarang perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan sehingga 30 April 2020, penganjuran acara tahunan Anugerah MeleTOP Era atau AME 2020 yang sebelum ini dijadualkan untuk bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 12 April 2020 akan turut ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Akan Tetapkan Tarikh Baharu

Ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga yang diambil Astro untuk membendung penyebaran wabak tersebut bagi memastikan keselamatan kesemua pihak yang terlibat diutamakan. Difahamkan pihak Astro kini dalam usaha menetapkan tarikh baharu untuk acara tersebut dan masih belum boleh berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenainya kerana perlu mengambil kira situasi semasa COVID-19.

Undian Diteruskan 

Selain itu, faktor-faktor lain seperti ketersediaan lokasi dan kesesuaian tarikh para selebriti tanah air perlu dipertimbangkan. Dalam pada itu, sesi undian fasa kedua untuk mengundi senarai Top 5 bintang kegemaran yang telah dibuka sejak 3 Mac lalu akan diteruskan seperti biasa menerusi laman web rasmi AME 2020 di www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS hingga 12 April 2020, jam 12.00 tengahari. Kiraan penuh undian untuk penganjuran AME 2020 juga akan terus dibuat sejurus selepas talian undian ditutup, mengikut perancangan asal.

Dalam edaran kepada pihak media, Astro telah memohon maaf di atas segala kesulitan dan berharap dapat berkongsi butiran lanjut berkenaan tarikh baharu dan lokasi AME 2020 dalam masa terdekat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/yt00g
Share14Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem