Zaman sekarang ni ramai orang yang rambut putih diwarnakan menjadi hitam, rambut hitam pula diwarnakan menjadi putih. Maklumlah, mewarna rambut ni kan sudah menjadi trend masa kini. Kalau dulu-dulu, orang beranggapan kalau rambut dah beruban tu mesti sudah berusia namun zaman sudah berubah, sekarang susah untuk dijangka kerana rambut yang berabu atau berwarna seakan uban adalah satu trend yang tengah ‘hot’.

Setiap dari kita mempunyai warna rambut asli yang berbeza. Ada yang rambut warna hitam, warna perang keemasan atau  warna keabuan/ash. Warna rambut sebenarnya berbeza mengikut faktor genetik seseorang. Ada segelintir pelajar sekolah juga sudah banyak beruban dek kerana faktor genetik, mungkin dari ibu ayah, atau mungkin dari datuk dan nenek. Tak kira lelaki atau perempuan pasti tidak suka bila rambutnya ditumbuhi uban. Jangan kata yang muda, walaupun usia belum mencecah 40 an, rambut sudah beruban, yang tua pun kadang-kadang stress juga dengan rambut yang beruban.

Kali ini kami di Murai.my ingin berkongsi  dengan anda sebab-sebab terjadinya uban di usia yang begitu muda.

IKLAN

Stress

live science

Stress atau tekanan merupakan antara punca pelbagai penyakit kronik dan sebenarnya tahap stress ini juga akan mengakibatkan rambut mudah gugur dan beruban. Banyak sangat memikirkan hal-hal dunia yang tiada berkesudahan, menggalakkan uban terus bermaharajalela sebelum waktunya.

Merokok

SehatQ

Kajian yang telah dijalankan oleh J.G Morley di British Medical Journey pada tahun 1996 mendapati bahawa mereka yang merokok akan mengalami 4 kali ganda potensi rambut akan cepat beruban.

Junk Food

MSN.Com

Junk Food bukan sahaja tidak baik pada kesihatan tubuh badan, kandungan bahan yang terdapat didalam makanan ringan juga boleh mengganggu penghasilan melanin dalam rambut. Ini akan meningkatkan ubah tumbuh dengan galaknya.

Kurang vitamin B12, Zat Besi Dan Asid Folik

Babab.Net

Uban yang tumbuh di usia yang muda juga boleh terjadi kerana kurangnya kandungan vitamin B12 dan selain itu zat besi dan asid folik juga amat diperlukan sebagai makanan rambut. Dengan itu, disarankan untuk sering mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, vitamin B12 dan asid folik seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gandum dan kacang hijau. Ini adalah sumber yang baik untuk elakkan rambut beruban.

Genetik

WordPress.Com

Cuba kita periksa balik semua keturunan kita sama ada ramai atau tidak yang sudah beruban di usia muda. Jika ibu atau ayah kita juga beruban awal,  maka kita juga berisiko untuk beruban di usia yang masih muda. Secara normalnya, uban akan tumbuh di usia tua dan itu sebagai peringatan kepada kita tentang peningkatan usia kita.

Pengering Rambut

Liputan6.com

Penggunaan pengering rambut yang terlalu kerap boleh membuatkan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu yang panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin dan kerana itulah rambut akan cepat beruban.

Pewarna Rambut

Youtube

Bahan kimia yang terdapat pada pewarna rambut juga boleh merosakkan dan mengurangkan sel melanin dan ini akan mempercepatkan terjadinya uban. Juga kekerapan mencuci rambut yang akan menyebabkan rambut menjadi kering juga adalah punca rambut cepat beruban.

Langkah- langkah awal bagi mengurangkan risiko rambut beruban di usia muda

  1. Jangan terlalu banyak konsum kopi dan makanan ringan dan berhenti merokok.
  2. Elakkan stress dan sentiasa berfikiran positif dalam menjalani kehidupan seharian.
  3. Menjaga kebersihan kulit kepala dengan menggunakan syampu yang sesuai agar rambut dan kulit kepala lebih sihat
  4. Mengamalkan pola makanan yang sihat dan seimbang kerana ini akan mencegah dari terjadinya rambut cepat beruban.

Anda juga boleh mencuba menggosok kulit kepala dengan menggunakan limau nipis agar rambut sihat dan bersih serta berbau harum. Tip diy yang boleh anda cuba sendiri.

Selamat mencuba dan jalani kehidupan yang sihat dan bersih bagi mengelakkan rambut beruban sebelum waktunya.