Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Aya, Mija Datang..” – Amyza Aznan Kongsi Detik Terakhir Tatap Jenazah Mya Ruslee

by Khai Azfar
March 19, 2020
227
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan khabar berita yang menyedihkan yang mana penyanyi yang popular menerusi lagu Matahari, Maya atau juga dikenali sebagai Mya Ruslee telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Kanser Tahap Empat

Mya atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee, 44 telah menghembuskan nafas terakhir jam 4 petang semalam selepas sekian lama bertarung dengan sakit kanser yang sudah berada di tahap empat. Difahamkan menerusi perkongsian daripada rakan-rakan terdekat Allahyarhamah, jenazah akan dikebumikan pada pagi ini di kampung halamannya di Machap,Johor.

Amyza Aznan Sebak 

Dalam pada itu, ramai selebriti turut terkejut serta terkesan dengan berita pemergian Arwah termasuklah beberapa orang sahabat karibnya seperti Amyza Aznan, Nadia Mustafar, Ieda Moin, Didie Alias, Enot dan ramai lagi.

View this post on Instagram

A post shared by nazia mustafar (@naziamustafar)

Menerusi perkongsian Amyza dalam posting Instagram nya memberitahu dia berkesempatan untuk menatap jenazah sahabat karibnya itu buat kali terakhir.

Lebih mengharukan, kongsi pelakon itu ketika menatap wajah Allahyarhamah matanya kelihatan sedikit terbuka. Namun disaat dia membisikkan pada telinga Mya bahawa dia kini sudah datang, secara tiba-tiba mata Allahyarham tertutup rapat seolah-olah terubat rindu mereka selama ini.

“Assalamualaikum, Kak Kaia berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Jenazah telah dibawa ke sini. Insyallah akan diselesaikan dan diuruskan esok pagi sebelum dibawa ke Machap, kampung Allahyarhamah.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya Kak Kaia dapat juga ‘berjumpa’ dengan Allahyarhamah. Masa tengok jenazah memang mata dia terbuka separuh, tetapi Alhamdulillah selepas Kak Kaia bisik dekat telinga dia, Ayaa…Mija datang…

Dia tutup rapat mata dia selepas itu. Akhirnya dapat juga jumpa walaupun dia dah tak bernyawa. Tetapi tak apa dapat juga hilangkan rindu. Sama-sama sedekahkan Al- Fatihah buat Myanaliza Binti Ruslee. Assalamualaikum”

Malah dalam komen posting Didie Alias, Amyza turut memberitahu bahawa dia sudah hampir 13 tahun tidak berkesempatan menemui rakan baiknya itu dan hanya berhubung menerusi kiriman mesej sahaja selama ini.

https://www.instagram.com/p/B94iMDvly30/

Balas Didie pula, dia mendedahkan bahawa selama ini Mya begitu merindui dan ingin bertemu dengan Amyza.

Bagaimanapun, pelakon dan pelawak itu bersyukur kerana mereka berkesempatan untuk melihat Allahyarham buat kali terakhir selain meminta semua peminat untuk mendoakan buat roh Allahyarhamah. Al-Fatihah (dibaca).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Mya RusleeMya Ruslee Meninggal Dunia
https://lomp.at/wh0p0
Share111Tweet49SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem