Pengembaran secara solo merupakan satu pengalaman yang menarik. Ia umpama memberi ganjaran untuk diri sendiri. Anda boleh meneroka tempat baru, mengenali budaya tempatan dengan lebih mendalam serta memperolehi pengalaman baru yang akan kekal sepanjang hayat.

Tetapi perlu diingat, pengembaraan secara solo bukanlah semudah yang disangka. Perlu untuk menitik beratkan pelbagai aspek termasuklah aspek keselamatan di hotel.

Disini kami kongsikan beberapa petua yang perlu diambil tahu oleh pengembara ketika menginap di hotel secara solo menurut laman havehalalwilltravel.

1Selidik Kawasan Sekitar Hotel

via Booking.com

Setiap perjalanan dimulakan dengan perancangan, jadi sebaiknya untuk anda membaca ulasan di laman web mengenai kawasan sekitar yang bakal anda menginap. Anda juga boleh dapatkan maklumat samada kawasan tersebut menpunyai jenayah yang tinggi ataupun tidak.

Yang paling berkesan adalah melayari pelbagai portal perjalanan di laman sosial seperti facebook dan bertanyakan dengan komuniti sekitarnya mengenai kawasan yang bakal didiami.

2Lokasi Hotel Yang Strategik

via hfullerton

Selain membandingkan harga hotel, faktor lain yang perlu diambil kira adalah kemudahan di sekitarnya. Ini termasuklah kemudahan pengangkutan awam yang terdekat seperti bas dan komuter serta waktu operasinya.

Laman havehalalwilltravel menyatakan pastikan hotel berdekatan dengan kedai runcit kerana mudah untuk anda sekiranya ingin membeli barang keperluan yang lupa dibawa dan bonus sekiranya hotel menyediakan perkhidmatan pergi balik ke lapangan terbang.

IKLAN

3Elak Bilik Di Tingkat Bawah

via Booking.com

Sesetengah mengatakan pemilihan bilik di tingkat bawah adalah yang paling sesuai kerana berdekatan dengan lobi hotel. Tetapi perlu diingat, bilik yang berada di tingkat bawah ini mudah diakses oleh pelawat luar dari hotel.

Untuk anda yang mengembara secara solo, sila buat permintaan daripada pihak hotel untuk bilik yang terletak beberapa tingkat dari bawah. Bukan sahaja kurang diakses oleh orang luar, anda juga boleh mengelak daripada bencana alam dan perkara yang tidak diinigini berlaku.

4Meminta Penyambut Tetamu Menulis Nombor Bilik

via Just Travel

Daripada memberitahu secara kuat nombor bilik, lebih baik memberitahu kepada penyambut tetamu untuk menulis numbor bilik anda di atas sehelai kertas.

Hal ini dapat mengelakkan daripada pelawat lain mengetahui nombor bilik dan merupakan langkah keselamatan yang dapat membantu sekiranya anda mengembara berseorangan.

5Sentiasa Perhatikan Bagasi

via tokyo Cheapo

Sementara menunggu untuk daftar masuk bilik, pastikan bagasi bersama anda dan dalam keadaan selamat. Jangan sesekali meninggalkan bagasi anda di lobi tanpa pengawasan.

Cara terbaik adalah memastikan bagasi sentiasa berada di hadapan anda supaya senang untuk dipantau dan megelakkan kehilangan.

6Memeriksa Keadaan Bilik Terlebih Dahulu

via Berjaya Hotel and Resorts

Menurut laman havehalalwilltravel, setelah sahaja memasuki bilik, pastikan memeriksa keadaan bilik anda. Pastikan tombol pintu dan talian telefon berfungsi seperti biasa.

Tidak salah jika anda turut memeriksa televisyen, peti sejuk, tandas dan bilik air. Jika ada yang kurang senang di mata, anda boleh meminta untuk menukarkan bilik yang lain.

IKLAN

7Pastikan Pintu Dan Tingkap Sentiasa Dikunci

via Booking

Samada anda menonton televisyen ataupun mahu tidur awal, pastikan pintu bilik dan tingkap anda sentiasa ditutup dan dikunci. Sangat penting untuk memastikan bahawa semua pintu bilik dan tingkap dikunci untuk mengelakkan kehilangan barang berharga.

8Bawa Apa Yang Perlu

via havehalalwilltravel

Jika anda hendak keluar sebentar melihat budaya setempat, dicadangkan untuk anda membawa wang yang cukup sehingga anda balik ke hotel. Tidak perlu berlebihan.

Ini kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, anda masih ada wang tunai di bilik. Begitu juga dengan barang berharga, anda digalakkan untuk meninggalkan barang tersebut di hotel.

9Mengetahui Kedudukan Pintu Kecemasan

via havehalalwilltravel

Amat penting untuk anda sekiranya mengembara secara solo untuk mengetahui pintu kecemasan yang terdekat dengan bilik anda. Selalunya setiap hotel yang didiami akan menyediakan pelan kecemasan dan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, anda tidak mengelabah dan tercari-cari jalan keluar.

10Jangan Membuka Pintu Kepada Orang Yang Tidak Dikenali

via havehalalwilltravel

Sekiranya anda mendapati ada orang yang tidak dikenali mengetuk pintu bilik dan menyatakan bahawa mereka adalah pekerja hotel, sebaiknya anda sahkan terlebih dahulu dengan penyambut tetamu yang berada di front desk.

Jika mereka adalah pekerja hotel, pastikan pintu bilik sentiasa terbuka ketika mereka berada di dalam bilik anda.

11Pastikan Bilik Kelihatan Ramai

via havehalalwilltravel

Walaupun anda tinggal bersendirian di dalam bilik, mengikut laman havehalalwilltravel, pastikan bilik kelihatan ramai. Dengan cara menggunakan kedua-dua cawan yang disediakan, menggunakan semua tuala mandi, tidur di kedua-dua belah katil dan menggunakan berus gigi tambahan.

Dengan berbuat sedemikian, sesiapa sahaja yang memasuki bilik memikirkan yang anda bukanlah berseorangan.

12Berjalan Keluar Bersama Group Tour

via North East Charter Tour

Salah satu cara untuk memastikan anda tidak nampak sebagai pengembara solo adalah dengan berjalan dengan tetamu lain semasa keluar dari hotel. Perbuatan ini bertindak sebagai ilusi untuk orang lain bahawa anda bukanlah berseorangan.

13Membawa Kad Hotel Bersama

via Businesstravel

Membawa kad hotel ketika dalam perjalanan amat penting terutama ketika menjelajah kota di mana Bahasa Inggeris atau bahasa ibunda anda tidak digunakan. Kad ini boleh didapati secara percuma di meja depan penyambut tetamu dimana kad ini akan tertera alamat, nombor telefon dan kedudukan hotel.

Jika anda tersesat ataupun tidak tahu jalan kembali ke hotel, tunjukkan kad kepada pemandu teksi atau penduduk setempat dan mereka akan membawa anda terus ke hotel.

Bergerak secara solo amat menyeronokkan dimana anda boleh meluangkan banyak masa untuk anda sendiri tanpa memikirkan orang lain. Dalam keseronokkan itu, perlu diinigat akan keselamatan diri sendiri. Diharapkan tip yang dikongsikan dapat membantu anda sebagai solo traveler!