Semalam, spekulasi mengenai hubungan rumahtangga usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri hangat diperkatakan setelah timbul dakwaan kononnya Datin Seri Nur Shahida telah menfailkan perceraian di mahkamah.

Enggan Komen 

Menerusi perkongsian dari Harian Metro, bagaimanapun Shahida memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangga mereka.

IKLAN

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,”

Namun, ketika ditanya adakah semua anak-anak berada bersamanyai, Shahida hanya menjawab ringkas‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp. Malah Aliff juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

Netizen Doakan Yang Terbaik 

Menerusi carian Murai.my pada akaun Instagram pasangan ini, netizen mula membanjiri ruangan komen dengan pelbagai persoalan mengenai status rumahtangga mereka. Di samping itu, rata-rata mendoakan agar segalanya diselesaikan dengan baik apatah lagi mengenangkan nasib anak-anak mereka yang masih kecil.