Biarpun jumlah kes di Singapura lebih rendah di Malaysia namun, kerajaan negara itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan membatalkan bazar ramadan dan raya pada tahun ini.

Tindakan Berjaga-Jaga 

Tindakan tersebut dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan COVID-19. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pertubuhan Rakyat (People’s Association) Singapura.

IKLAN

Memandangkan pandemik COVID-19 masih melanda satu dunia, keputusan itu turut mengambil kira faktor tarikan bazar yang sentiasa menarik perhatian dan pengunjung yang akan bersesak-sesak membeli-belah segala keperluan.

Sebagai Langkah Pencegahan 

Dijadualkan, Bazar Ramadan dan Raya di Singapura akan berlangsung pada 18 April – 24 Mei ini di beberapa lokasi tumpuan masyarakat Melayu Singapura seperti di Woodlands, Geylang Serai dan Tampines.

Meskipun khabar berita ini menimbulkan kekecewaan dan barangkali mengurangkan keceriaan Aidilfitri, namun sebagai langkah pencegahan rakyat akur dengan perintah tersebut.