Gara-gara kenyataan yang dikeluarkannya, pelakon dan penyanyi Vanessa Hudgens teruk dikecam netizen selepas dia dikatakan tidak peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling berhubung wabak Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia.

Mati Sesuatu Yang Tidak Dapat Dielakkan 

Dalam kenyataannya itu, Vanessa berkata kematian merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkann namun dalam masa yang sama dia memahami dan menghormati keadaan negara yang mengalami wabak Covid-19.

IKLAN

“Saya minta maaf, tapi ia adalah virus, saya faham dan hormati tapi dalam pada masa yang sama jika semua orang faham.

Ya, orang akan mati. Memang dahsyat tapi ia tidak dapat dielakkan,” katanya menerusi siaran langsung Instagram Live baru-baru ini

Mohon Maaf 

Bagaimanapun, selepas menerima pelbagai komen teguran daripada peminat pelantun Come Back To Me itu tampil membuat permohonan maaf menerusi media sosialnya dan akui tidak sensitif dengan isu tersebut.

Sebagai rekod, dua bintang Hollywood Idris Elba dan Tom Hanks telah dilaporkan positif Wabak COVID-19.