Pemergian seorang pelakon berbakat, Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020, pastinya masih meninggalkan kesedihan yang mendalam, terutama bagi isterinya, Bunga Citra Lestari dan anak mereka, Noah Sinclair.

Walaupun dia telah memulakan kehidupan seperti biasa, wanita yang lebih mesra dipanggil BCL masih mengenakan pakaian hitam, sebagai tanda bahawa dia masih berkabung.

IKLAN

Sekiranya anda membuat tinjauan ke akaun Instagram @bclsinclair, semenjak pemergian suaminya, dia belum lagi memuat naik apa-apa lagi foto.

Bagaimanapun, walaupun BCL masih belum aktif di media sosial, beberapa akaun fanbase BCL agak aktif dalam memuatkan gambar BCL atau anak tunggalnya, Noah Sinclair.

Solat Depan Bingkai Gambar Bapanya

Baru-baru ini salah satu akaun fanbase BCL, memuat foto Noah ketika dia sedang mengimamkan solat di rumah bersama salah seorang kawannya.

Lebih meyentuh hati, ternyata Noah menunaikan solat di depan bingkai gambar arwah bapanya. Gambar ini sekaligus menerima banyak komen positif daripada netizen. Ramai yang tersentuh tersentuh ramai juga memuji  perilaku Noah dan berdoa agar dia menjadi anak yang soleh.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda